Rabu, 29 Februari 2012

SURAT TUN MAHATHIR KEPADA 3 PM ISRAEL

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin! PERDANA MENTERI MALAYSIA 21 Disember 1993 Tuan Yang Terutama Tuan Yitzhak Rabin Perdana Menteri Israel JERUSALEM Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO. Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.
Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai. Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu. Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan) DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ************************************************************************************* Surat Mahathir kepada Ehud Barak! PERDANA MENTERI MALAYSIA 8 Jun 1999 Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak Perdana Menteri Israel TEL AVIV Tuan Yang Terutama, Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian. Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel. Yang Ikhlas Dr Mahathir Bin Mohamad ************************************************************************************* Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu! PERDANA MENTERI MALAYSIA 14 Mac 1997 Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas. Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama. Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda. Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga. Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan. Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita. Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap. DR MAHATHIR BIN MOHAMAD *************************************************************************************

PERBALAHAN PAS KEDAH KONSPIRASI UMNO?

Kacau...kacau....UMNO KOnspirasi lagi....jahat betul UMNO ni nampaknya sampai berkonspirasi huru-harakan PAS Kedah, PAS Selangor dan PAS seluruhnya........ Bodoh sangat ke Datuk Seri Azizan sehingga sanggup dikonspirasikan UMNO? Atau PAS telah dikonspirasikan oleh PKR dan DAP agar mengikut telunjuk mereka. Maka ekoran kegagalan mencucuk hidungkan Azizan maka satu granddisingn dilakarkan untuk memayah dan mengaibkan Azizan.
Apakah Pas sebuah parti demokrasi? Kini parti yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi dan mendakwa mendukung perjuangan Islam kini dalam pergolakan retak menanti belah. Kini pergolak ekoran kumpulan anuarisme menolak Datuk Seri Azizan sebagai peneraju atau Menteri Besar Kedah. Biarpun urusan majlis angkat umpah exco berjaya diuruskan oleh Azizan dimana lapan exco mengangkat sumpah sebagai exco pada 28 Fubruari lalu di Istana Anak Bukit. Keadaan sebelum ini menjadi Azizan agak panik kerana hanya lima daripada lapan exco hadir dalam majlis raptai angkat sumpah. Namun pada 28 Februari Azizan dapat menarik nafas lega kerana kesemua lapan exco hadir mengangkat sumpah jawatan.
Namun krisis tidak berakhir begitu sahaja. Datuk Fakhrolrazi Zawawi terus menyerang Azizan dengan membuat ugutan terhadap Azizan dengan memberi syarat agar syaratnya dipenuhi oleh Azizan andai beliau mahu dilantik sebagai exco. Malah beliau selaku Yang DiPertua PAS Kuala Kedah turut mengugut Datuk Ir Amiruddin Hamzah supaya meletak jawatan seandainya Amiruddin selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Kedah mahu bersama-sama dengan PAS Kuala Kedah. Andai Amiruddin masih ingin kekal dalam barisan exco bersama Azizan maka beliau akan diketepikan oleh PAS Kuala Kedah dalam apa jua aktiviti dan agenda politik PAS Kuala Kedah.
Nampaknya krisis ini telah membuat Fakhrolrazi berpatah arang berkerat rotan dengan Azizan. PAS tidak lagi boleh berselindung apabila Fakhrolrazi tampil dengan sidang akhbarnya menyerang dan mengugut Azizan dan Ir Amiruddin. Secara langsung menampakkan kepada umum PAS kedah sedang dalam perpecahan.... Ahli PAS tegas mungkin tidak ambil kisah dalam hal ini semasa pilihanraya UMUM akan datang, namun suasana PAS Kedah dan kegagalan Azizan mengawal situasi "pemberontakan" akan mempengaruhi pengundi atas pagar di Kedah yang menjadi suara penentu dalam PRU 13....

Sabtu, 25 Februari 2012

KEMELUT MB KEDAH: AZIZAN SAKIT NIK AZIZ PUN SAKIT

Pergolakan kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah sampai ke kemuncak apabila lima Exco yang dilantik oleh beliau masih "berdegil" dan tidak menghadiri mesyuarat khas yang mutakhirnya diadakan pada 25 Febuari 2012. Azizan sejak mengangkat sumpah jawatan telah berhadapan dengan ujian getir sebagai Menteri Besar yang mana kerusi ini sentiasa "panas" sejak era pemerintahan Perikatan dan Barisan Nasional lagi.Tindakan beliau, terutama tindakan beliau tidak melantik Ahli Dewan Undangan negeri DAP memegang jawatan Exco. Tindakan ini dilihat sebagai tindak balas Azizan terhadap DAP yang tidak melantik PAS dalam kerajaan Pulau Pinang. Kehangatan Kerusi MB Kedah menjadi lebih "garing" lagi apabila kumpulan Mazhab Anwar atau Anwarisme, menguasai Pas dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS yang lalu.
Kebocoran lapuran kesihatan oleh sebuah hospital swasta yang berada dalam tangan kumpulan Anwarisme atau parasit telah dijadikan modal untuk "menggulingkan" Azizan. Sejak beliau dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, isu masalah kesihatan beliau dijadikan modal oleh kumpulan Anwarisme. Kini Azizan terpaksa menggunakan "pukulan mautnya" dengan menyatakan beliau akan membuat kejutan pada 28 Febuari ini selepas lima orang exco terus berdegil dengan ugutan untuk tidak menerima jawatan exco sekiranya Azizan terus menjadi Menteri Besar. Kini PAS berpecah lagi. Cuma berpecahan ini cuba di sembunyikan PAS Pusat kerana bimbang ianya akan menjadi "bom jangka" seperti mana berlaku terhadap isu pemecatan Datuk Hassan Ali.Ketiadaan suara-suara beberapa tokoh yang selama ini menjadi ayam tambatan PAS membela Azizan mengukuhkan lagi bahawa Azizan mahu di singkirkan terus dari kerusi Menteri Besar.
Ada beberapa faktor kenapa kumpulan Anwarisme mahu menyingkirkan Azizan, antaranya Azizan "amat mesra dengan kepimpinan Kerajaan Pusat" dan Tun Mahathir dan Tun Daim serta berguru pula dengan kedua-dua tokoh itu. Malah beliau juga dilihat tidak sealiran dengan hala tuju Anwar. Sejak menjadi menteri besar Kedah Azizan langsung tidak dilihat mengeluarkan kenyataan "fatwa" membela Anwar. Malah tindakan Azizan langsung tidak mahu berkompromi dengan DAP dalam beberapa isu termasuk perlantikan exco, AUKU yang di gunakan di KUIN dijadikan faktor landasan untuk menyingkirnya. Azizan juga di lihat enggan memenuhi "tembolok" beberapa pihak dalam pengagihan hasil kemenangan pilihanraya umum ke 12 antara isu untuk menyingkirnya. Andaian kesihatan Azizan dijadikan landasan untuk menyingkirnya adalah dilihat sebagai satu alasan. Jika dilihat pada masa lepas ada beberapa wakil rakyat PAS yang langsung tidak berkeupayaan kerana strok masih diberi laluan oleh PAS untuk menjadi wakil rakyat.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sering kali dirawat dihospital kerana masalah jantung dan "asyik-asyik" lupa dan berkemungkinan "pendengaran juga kurang jelas" (terbukti apabila orang bercakap Nik Aziz akan letak tangan di telinga untuk mengamati percakapan atau soalan) tetapi masih dipertahankan untuk terus menjadi menteri besar biar pun ahli keluarganya telah berusaha menghalangkannya.Jelas apa yang berlaku kepada Azizan dan Nik Aziz adalah "double standard".
Kalau Nik Aziz yang telah lama menjadi Menteri Besar dan turut mengalamai masalah kesihatan seperti jantung dan pendengar masih di beri laluan menjadi Menteri Besar mengapa pula Azizan yang juga mengalami masalah jantung mahu di ketepikan. Jawapan yang paling tepat kerana Azizan tidak memenuhi kehendak "nafsu-nafsi" kumpulan Anwarisme dan membela Anwar semasa berhadapan isu-isu peribadi. Malah Azizan dilihat tidak melaksanakan "dasar permusuhan" dengan kerajaan Pusat.

ANWAR IBRAHIM :JUDI, LUMBA KUDA, LIWAT, ZINA DAN YAHUDI

Pada 1994 Anwar secara terbuka telah menerima duit judi secara terbuka di hadapan khalayak di Jalan Jelatik, Ampang Kuala Lumpur daripada taukey-taukey syarikat judi. Soal ke mana wang itu hendak dibelanjakan itu hal Anwar. Sebagai orang Islam yang "bertopeng" Islam dalam perjuangannya Anwar seharusnya mengelak diri daripada berbuat demikian.
Ketua Pengarang Watan, Zainal Epi yang bertanggung jawab menyiarkan gambar Anwar menerima duit judi di muka hadapan Watan akhirnya di pecat atas desakan Anwar. Harakah juga turut menyiarkan gambar berkenaan. Penulis Politik Yahya Ismail turut mencabar Anwar bersumpah berhubung dakwaan beliau menerima duit judi.
Nallakarupan dalam satu kenyataan turut mendakwa Anwar turut menggunakan sumbangan sebuah syarikat judi untuk menang dalam jawatan dalam UMNO. Wang itu sebagai habuan untuk perwakilan yang mencadang dan menyokong Anwar. Malah ketika berkuasa Anwar merupakan Penaung Kelab Lumba Kuda yang aktiviti kelab ini mempunyai hubung kait dengan kegiatan Judi. Pada zaman beliau berada dalam kerajaan banyak lesen-lesen judi di keluarkan oleh Anwar dengan meletakkan "orang-orangnya" sebagai proksi dalam syarikat berkenaan. Selepas di pecat Anwar berhadapan dengan kes Liwat. Biar pun Anwar di bebaskan selepas rayuan semakan penghakiman, namun kesemua hakim dalam penghakiman berpendapat kejadian liwat dilakukan oleh Anwar.
Tidak serik dengan kes yang dihadapinya, kejadian Liwat berlaku lagi antara Anwar dan Saiful.Sekali lagi semasa penghakiman dibuat hakim mendapati liwat dilakukan oleh Anwar cuma pembebasannya dibuat atas teknikal problem iaitu keselamatan DNA iaitu cara ianya disimpan samada selamat atau tidak daripada tercemar. Belum pun kes Liwat dengan Saiful selesai dibicarakan negara di gegarkan dengan pendedahan klip video sex zina Anwar dan seorang gadis Cina. Sekali lagi Anwar tidak berani bersumpah apalagi menyaman "pengedar Video" berkenaan.
Sesungguhnya Allah Maha Besar, sekali lagi tanpa dipaksa atau konspirasi mana-mana pihak Anwar tampil dengan kenyataan menyokong kewujudan negara Israel dan memberi jaminan untuk melindungi keselamatan negara Yahudi berkenaan. Setelah diasak bertubi-tubi, akhirnya Anwar tetap mempertahankan kenyataan beliau dan mengulangi pendirian tidak akan menarik balik kenyataan apa lagi menyaman media berkenaan. Namun Mursyidul PAS Datuk Nik Aziz dan gerombolan PAS masih lagi mempertahankan Anwar biar pun Anwar telah melakukan beberapa perbuatan terkutuk. Mungkin Nik Aziz masih lagi mengitiraf Anwar sebagai insan kamil lagi kerana Anwar "tidak" "bertenung nasib" dan "tidak minum arak".