Sabtu, 14 April 2012

ISU PTPTN: ANWAR MAHU BANKRAP PETRONAS DAN LELONG KEPADA NEGARA ASING








Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengguna duit Petronas untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri menggambarkan beliau mahu membankrapkan Petronas.
· *Untuk merealilasikan Buku Jingga Anwar mahu menggunakan duit Petronas.

·    *Untuk merealisasikan belanjawan pembangkang dia juga mahu menggunakan duit 
      Petronas sebanyak RM220 bilion kalau di kali dengan lima tahun pemerintahannya berapa jumlahnya? Dalam belanjawannya Anwar tidak nyatakan dari mana wang yang akan digunakannya maka tidak sumber lain melainkan duit Petronas!!!.

·    * Untuk menurun harga minyak juga dia mahu menggunakan duit Petronas

·    *Melupuskan tol juga dia mahu menggunakan duit Petronas

·     *Melupuskan hutang negeri-negeri juga duit Petronas

·   * Melupus hutang si pemiutang PTPTN juga dia mahu menggunakan duit Petronas sebanyak RM5bilion. Untuk meneruskan pinjaman PTPTN dia juga nak samun dia Petronas setahun hampir 3bilion kalau di kali dengan 5 tahun pemerintahannya maknanya RM15bilion duit Petronas akan disapunya untuk tujuan ini.



·     * Untuk merealisasikan manifesto pembangkang juga dia mahu menggunakan duit       Petronas

· *Untuk meningkatkan mutu infrastruktur negeri dan Negara dia juga mahu menggunakan duit Petronas. Meneruskan pemberian subsidi RM22bilion juga mahu disapu duit Petronas, Elaun warga emas RM1,000 seorang juga duit Petronas, Elaun guru-guru juga duit Petronas, Perumahan rakyat RM1 bilion juga duit Petronas, Kenaikan gaji kakitangan Awam RM5.9 bilion mahu di ragut duit Petronas.

Jumlahkan berapa banyak duit Petronas mahu disapu Anwar untuk merealisasikan impian dia.Nampaknya Anwar mahu belanja semua duit Petronas agar Petronas Bankrap! Kenapa Anwar mahu bankrapkan Petronas? Sudah Pasti ada agenda tersembunyi  yang tidak didedahkan Anwar.
Telaga minyak Petronas
Soros menanti peluang

Petronas adalah syarikat gali minyak yang terkemuka dan berdaya saing di dunia. Banyak pihak yang berminat dengan Petronas. Jadi dengan bankrapkan Petronas maka sudah Pasti Anwar akan melelongkan Petronas kepada “kroni-kroninya” yang terdiri daripada Amerika Syarikat dan Negara barat yang “menggemarinya”.

Apakah sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat kita mahu melihat Petronas bankrap dan dilelong dan menjadi milik Negara asing semata-mata mahu melupus hutang PTPTN dan memenuhi nafsu nafsi  Anwar? Soros antara rakan Anwar, Amerika Syarikat dan Barat sekutu Anwar menanti peluang ini. "Banyak budi" telah mereka berikan kepada Anwar sejak dia menjadi mahasiswa UM. Mereka menanti hasil yang telah mereka projeksi sejak 40 tahun lalu!!!

Begitulah Anwar,  mahasiswa lulusan sastera UM dengan ijazah am sahaja. Benarlah kata Lim Kit Siang  ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, katanya “Anwar Menteri Kewangan paling tidak cerdik didunia”!!! Kerana tidak cerdik Anwar hanya dapat berfikir untuk "menyamun" duit Petronas untuk capai cita-citanya!!

MAT SABU:ANWAR LULUS LESEN JUDI



KENANGAN 16 TAHUN MENJADI  PELAKON HANDALAN GAMBAR KIRI ANWAR 
MEMBACA KHUTBAH  DI MASJID GOMBAK DAN KANAN ANWAR SEDANG  MENARI

LUTFI OTHMAN
1998 Ketika di wawancarakan oleh Ahmad Lutfi Othman (sekarang Ketua Pengarang Harakah) dan Suria Janib dengan Mohamad Sabu (sekarang Timbalan Presiden Pas) yang diambil daripada majalah Tamadun, Julai 1998 Mat Sabu    ( sekarang Timbalan Presiden PAS) mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak melulus dan menambah jumlah lessen Judi di Malaysia sepanjang Menteri Kewangan dan  imbalan Perdana Menteri. Berikut ada teks wawancara berkenaan:

MAT SABU INSAN PERTAMA DEDAH ISU HOMOSEKSUAL
ANWAR DAN ISU ANWAR LULUS LESEN JUDI
Menurut Mat Sabu "Saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun... pada masa saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda.Dahulu ada tiga tempat jadi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menemui bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini .

Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

Malah Anwar sendiri juga telah mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan. Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee.

Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

ANWAR DAN LESEN JUDI SABAH


 Rakyat di Semenanjung Malaysia khususnya generasi “Y” mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.' 
YONG TECK LEE :"SAYA DIPAKSA ANWAR LULUS LESEN JUDI"
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim. 
Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini. 
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah. 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. 
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia yang diterajui Anwar meneruskan penyambungan lesen Diriwan. 

Jumaat, 13 April 2012

ANWAR LEBIH GANAS DARIPADA MAHATHIR

"ANWAR LEBIH GANAS DARIPADA MAHATHIR":

 MAT SABU

KENYATAAN MAT SABU ANWAR LEBIH GANAS!


LUTFI OTHMAN PENGARANG HARAKAH


Pada 14 Jun 1998 Mat Sabu ketika di wawancarakan oleh Ahmad Lutfi Othman dan Suria Janib mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sewaktu itu Timbalan Perdana Menteri lebih ganas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed.

Ya, kerana masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang belum lagi berkuasa penuh tetapi suku sakatnya mencipta kekayaan lebih hebat.

Mat Sabu berkata demikian ketika diminta penjelasan mengenai dakwaannya Anwar lebih ganas daripada Mahathir. "Anwar lebih ganas berbanding Mahathir? Ganasnya bagaimana?.

Khamis, 12 April 2012

LUPUS PINJAMAN PTPTN :KEMUNAFIKAN ANWAR IBRAHIM



  SATU LAGI KEMUNAFIKAN ANWAR IBRAHIM

 LUPUS PINJAMAN PTPTN

 

ANWAR AKAN TUNGGANG APA JUA ISU UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA TERMASUK ISU ALLAH

Pada awal 1991, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini
SEJARAH PTPTN
Mari kita lihat sejarah kewujudan PTPTN, Anwar Ibrahim yang sewaktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan merupakan individu yang bertanggungjawab membentangkan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.

 Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.

Anwar telah berada 16 tahun dalam kerajaan. Kenapa semasa beliau ada peluang beliau tidak laksanakan segala retoriknya menghapuskan AUKU, ISA dan beri pendidikan percuma. Beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu Anwar tidak pernah bercakap soal untuk hapus AUKU, ISA dan memberi pendidikan percuma yang di war-war kini!

PEMBOHONGAN ANWAR

Mari kita imbas siapa Anwar, ketika tahun 70an harga getah dunia jatuh merudum. Secara kebetulan berlaku kematian sebuah keluarga di Baling Kedah Anwar terus menipu mahasiswa di Universiti Malaya dan ITM kononnya keluarga itu mati kebulur. Maka berduyun-duyun mahasiswa keluar tunjuk perasaan dan huru hara juga negara pada waktu itu. Tetapi setelah dibuat bedah siasat mereka meninggal dunia kerana termakan pucuk ubi beracun tetapi sehingga hari ini Anwar tidak pernah tarik balik dakwaan dan pembohongannya itu.

Semasa beliau menjadi Presiden ABIM Anwar di Kolej Utara, Alor Setar Kedah 1980, berkata kalau beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia langkah pertama akan beliau laksanakan ialah memansuh lesen judi, arak dan riba. Allah telah takdir Anwar menjadi Menteri Kewangan namun lesen judi, arak dan riba makin bertambah malah paling biadap Anwar telah melulus satu lesen judi di Kubang Pasu yang menyebabkan Dr Mahathir terkejuut dan marah kerana sebelum ini tiada kedai judi di Kubang Pasu. Akhirnya dengan arahan Dr Mahathir apabila lesen itu tamat ianya tidak lagi di perbaharui. 

ANWAR LULUS LESEN JUDI

Semasa menjadi timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  didakwa mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan. Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee, kata timbalan perdana menteri.

Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.



Berikut adalah petikan daripada wawancara Ahmad Lutfi Othman (sekarang Ketua Pengarang Harakah) dan Suria Janib dengan Mohamad Sabu (sekarang Timbalan Presiden Pas) yang diambil drpd majalah Tamadun, Julai 1998. Luahan hatinya tentang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan/ Timbalan Perdana Menteri:

"Saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun... pada masa saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat jadi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menemui bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ni ...


"Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

KERANA GILA KUASA 

Kerana gila kuasa dan ingin berkuasa menjadi Perdana Menteri serta tahu ramai pengundi baru dari golongan muda iaitu mahasiswa dan bekas mahasiswa Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN. Maka bersorak sorailah mereka yang ingin hidup "makan free" tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini. Kumpulan ini buta sejarah dan terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

Adakah mereka sedar siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti. 
 
RANG UNDANG-UNDANG PTPTN 1997 
 

UCAPAN LIM KIT SIANG MEMBAHAS RANG UNDANG-UNDANG PTPTN 1977

UCAPAN LIM GUAN ENGG MEMBAHAS RANG UNDANG-UNDANG PTPTN 1977
Semasa Anwar membentang rang undang-undang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566), Lim Kit Siang dan Lim Guan Engg telah menyokong dan membuat cadangan penambah baikan.
Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang tidak perlu cakap banyak, mereka harus buktikan keikhlasan mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat dengan memberi pendidikan percuma di IPTA yang di kuasai oleh pembangkang iaitu UNISEL, KUIS, KUIN, PASTI, Sekolah Agama Rakyat dan melunaskan dulu hutang peminjam daripada Yayasan Kerajaan Negeri dibawah pembangkang seperti Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.  
Apakah YB Nizar Jamaludin lupa ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak dalam majlis penyerahan pinjaman Yayasan Perak semua peminjam dipaksa angkat sumpah untuk membayar balik pinjaman berkenaan.
Mari kita lihat data ini:

Jumlahnya juga besar (lihat carta): Universiti Selangor (yang dulu diasaskan oleh kerajaan BN) adalah antara penerima tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak RM851,294,429.90 iaitu hampir RM1 bilion. Ia digunakan untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak kewujudan PTPTN pada tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar miskin.

Kedah turut menerima kemudahan faedah daripada PTPTN. Kolej Insaniah, sebuah kolej kecil, menerima kemudahan PTPTN sejak dari tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012. Sebanyak RM266 juta 229,500.00 telah disalurkan untuk kemudahan sara hidup dan pengajian bagi 5,900 pelajarnya. Rata-rata semua pelajarnya mengambil kemudahan tabung itu.

Oleh itu wajar pihak pembangkang melaksanakan dahulu apa yang mereka war-warkan memberi pendidikan percuma kepada  mahasiswa dan pelajar yang menuntut dinegeri dan sekolah dan taskI milik mereka.


KATA DULANG PAKU SERPIH: KENAIKAN ELAUN YB AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN


LIHAT DENGAN MATA HATI, FIKIR DENGAN AKAL, KATA DULANG PAKU SERPIH. INI. 

Sewaktu Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengemukakan cadangan untuk menaikkan elaun ahli-ahli Parlimen di dalam Belanjawan 2012 yang lalu, berbondong-bondong MP mereka berlakon menolak kenaikan tersebut atas alasan biarlah mereka berkorban asalkan Rakyat sejahtera.

Sebaliknya, di Kelantan pula Kerajaan PAS Kelantan tanpa segan silu membentangkan kenaikan elaun ADUN-ADUN mereka. Tiada suara yang membantah. Tiada isu berkorban untuk Rakyat Kelantan. Di saat Rakyat Kelantan disajikan dengan air paip berkarat yang penuh dengan bakteria e-coli, ADUN-ADUN PAS Kelantan yang otak berkarat pula sibuk memenuhkan kantung saku masing-masing. Mungkin mereka bimbang inilah tahun terakhir mereka memerintah setelah 20 tahun memeras Rakyat Kelantan.