Sabtu, 3 Januari 2009

PERKAUMAN DALAM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis Penyerahan Cek pinjaman pengajian kepada Pelajar IPTA dan IPTS anjuran Kerajaan Pakatan rakyat Perak di Dewan banquet Bangunan Kerajaan Perak pada 3 Disember 2008.

Beberapa persoalan timbul dalam fikiran saya dan waris yang hadir, terutama tindakan pihak penganjur mengasingkan perjumpaan tertutup antara pelajar Melayu dan bukan Melayu untuk satu perjumpaan sebelum majlis bermula.

Sebelum ini pihak Pakatan Rakyat nyaring bersuara hak kesamaan dalam apa jua tindakan dan peluang. Namun kenapa perjumpaan tertutup dibuat secara berasingan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu.

Apakah agenda pihak Pakatan Rakyat Perak berbuat sedemikian. Memisahkan perjumpaan tertutup berdasarkan kaum dalam satu majlis adalah sesuatu yang luart biasa dan belum pernah terjadi.

Apakah dasar pecah dan perintah pun hendak dibuat dalam pemberian bantuan dan pinjaman kepada pelajar?

Apakah nada satu suara yang sering dilaungkan sebelum ini hanyalah satu sendiwara semata-mata. Tetapi secara realiti ianya tidak terjadi. Dalam majlis penyerahan bantuan kepada pelajar IPTA da IPTS.

Saya rasa terpanggil menulis kerenah yang berlaku setelah beberapa waris yang hadir merugut kenapa diasingkan perjumpaan antara pelajar Melayui dan bukan Melayu.

Bukan hendak dipertikai hak mengadakan perjumpaan tertutup dengan pelajar tetapi yang dipertikai kenapa perjumpaan tertutup di buat secara berasingan antara pelajar melayu dan bukan melayu.

Apakah agenda sebenar dibuat sedemikian?

Kenapa tidak disekalikan perjumpaan berkenaan dan sampaikan hajat dan matlamat perjumpaan tersebut.

Apakah nada yang sama dibuat dalam kedua-dua perjumpaa?

Jika ada menjawab Ya, ianya boleh disangsi dan dipertikaikan lagi.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah menunjuk satu teladan berbentuk perpecahan dalam siri perjumpaan mereka dengan pelajar IPTA dan IPTS.

Maka tidak bermakna Pakatan Rakyat di laungkan dalan satu hal dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah diamalkan oleh kerajaan pakatan Rakyat Perak.

Malah yang lebih pelik kerajaan Pakatan Rakyat Perak mempunyai Pengerusi Jatankuasa Biasiswa Bukan Melayu. Dalam hal ini juga dapat dilihat sudah wujud suatu fenomena perkauman dalam perjawatan Exco kerajaan neegri Perak.

Beberapa waris juga turut tertanya-tanya kenapa jawatan seumpama itu wujud dan mereka juga bertanya apakah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak turut mengwujudkan jawatan Pengerusi Jawatakuasa Biasiswa Melayu dan Bumiputera? Kalau wujud siapa mereka dan kenapa dia tidak muncul.

Saya bukan ingin bermain dengan api perkauman tetapi sekadar untuk melontar pertanyaan yang bermain dipemikiran waris yang hadir yang ingin masyarakat melayu dan bumiputera di Perak membuka mata diatas apa yang sedang berlaku ini.

Satu lagi persoalan yang ingin saya ketengahkan apabila Menteri Besar Ir Mohd Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata ada mereka yang bergelar Tun, Tan Sri dan Datuk masih belum membayar hutang pinjaman pengajian kepada kerajaan Negeri Perak.

Rata-rata mereka yang hadir ingin penjelasan dan bukti siapakah Tun, Tan Sri dan Datuk yang dikatakan oleh Menteri Besar. Selaku ketua kerajaan beliau tidak wajar bercakap sembrono begitu sahaja.

Ucapan seumpama itu harus mempunyai bukti kukuh. Oleh itu amat wajar Menteri Besar mendedahkan siapa sebenarnya Tun, Tan Sri dan Datuk yang dimaksudkan.

Kita tidak mahu apabila ucapan secara umum begitu dibuat akan menumbul keraguan kepada pihak yang mendengar kepada pihak yang tidak bersalah. Kita tidak mahu tanggapan negatif berlaku terhadap mereka yang bergelar TUN, Tan Sri dan Datuk seperti mana yang diucapkan oleh Menetri Besar perak itu.

Jangan pula kerana inginkan piopulariti maka suatu fitnah, tohmahan dan tanggapan negatif berlaku kepada pihak lain.

Jika benar ada dikalangan mereka yang ”bergelar” tidak membayar balik pinjaman pengajian, maka Menteri Besar Perak itu harus mendedahkan secara terperinci dan jangan main”tembak-tembak” sahaja.

Ingatlah memerintah negeri bukan macam main pondok-pondok atau main "perang-perang".