Selasa, 26 Mac 2013

ABAIKAN ANWAR



Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau." 

Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri.

"Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya. 

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya. 

"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau – apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya. 

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi perdana menteri akan datang, Daim berkata: "Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia." 

Daim berkata beliau akan menyokong Najib tetapi perdana menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak "orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi "tarikh luput"," katanya. 

Mengenai peluang BN pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

"Umno mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA, kira-kira satu juta dan MIC, kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

"Kini, anda hanya perlukan mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik sepertimana yang berlaku pada 2008.  

"Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan 'tangan' yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu.

"Kita telah berjaya mengharungi krisis demi krisis, dan kembali pulih dengan cepat. Kita perlu beritahu orang China yang kita tidak boleh melakukan eksperimen. Lihat sahaja Jepun. Lihat di sekeliling kita. Lihat sahaja Britain. Kaji apa yang berlaku," katanya.

Daim berkata Anwar telah berulang kali menyatakan akan berlaku demonstrasi ala Arab Spring sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana apa yang mereka anggap sebagai "penipuan".

"Beliau (Anwar) telah mewujudkan pentas untuk mewajarkan kekalahan mereka sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan telah menyediakan rakyat supaya mereka boleh menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya. 

"Pertamanya, kita bukannya sebuah negara Arab. Dan keduanya, sekiranya wujud "penipuan" pada pilihan raya umum sebelum ini, bagaimana Pakatan boleh menang di lima negeri pada 2008?  
 
Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall  - Tun Daim
"Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall (kerana kalangan pemimpin tidak bersatu dan kestabilan terjejas)," katanya.

Rabu, 20 Mac 2013

AKSI TERBAIK ADUN PAS







Aksi terbaik adun Pas kawasan Sanglang Perlis Hashim Jasin dengan kereta spot. Hashim menafika kereta itu milik beliau tetapi milik anaknya. Namun dukumen yang diperolehi tercatit namanya pemilik kenderaan berkenaan.

Kayo..kayo kalau tak kayo cam na nak beli kereta ni

HASHIM JASIN ADUN SANGLANG











Sabtu, 16 Mac 2013

Rabu, 13 Mac 2013

Rumah rakyat: Kerajaan Pas Kedah Tipu


Rumah rakyat: Kerajaan Pas Kedah Tipu Rakyat

Azizan (kanan) dan Fakhrolrazi (kiri)

Lepas PRU 12 Pas berdentum dentam membuat janji mengistihar projek itu dan ini termasuk mengistiharkan pembinaan projek perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sana sini dibuat majlis pecah tanah dan cerah tanah. Malah Menteri Besar Datuk Seri Azizan turut menipu pengundinya di kawasan DUN Sg Limau dalam Parlimen Jerai dengan melancar satu projek perumhan rakyat di Jalan Dulang, Yan Kedah.

Selain dari itu Kerajaan Ngeri Kedah turut lancar projek perumahan Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta yang dilancarkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Januari 2010. 

Projek itu melibatkan pembinaan 1,811 unit pelbagai jenis rumah termasuk teres kos rendah, teres dua tingkat, berkembar setingkat dan banglo.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendedahkan, selepas hampir tiga tahun projek itu dilancarkan, tiada satu pun unit rumah bagi projek berkenaan siap dibina dan diserahkan kepada pembeli sekali gus menganiaya mereka.

Bila rakyat tanya kerajaan negeri mengatakan pembinaan rumah tersebut akan disiapkan tidak lama lagi.
Walaupun ada pembinaan, namun tiada satu unit pun disiapkan pada tahun ini di kawasan tersebut. Tinjauan mendapati hanya papan tanda yang kelihatan elok tetapi kemajuan projek itu amat menghampakan.Bahkan pejabat jualan di bilik pameran perumahan itu tidak lagi beroperasi dengan mengalami kerosakan teruk dan bekalan elektrik juga dipotong.

Beberapa projek pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat yang diumumkan oleh Kerajaan Pas Kedah masih belum dimulakan antaranya projek yang dimaksudkan ialah pembinaan pangsapuri kos rendah di Bandar Darul Aman, Jitra dan rumah kos rendah serta mampu milik Bandar Tunku Puteri Pokok Sena yang masing-masing dilancarkan hampir empat tahun lalu.

Semasa pelancaran projek Bandar Sejahtera, Azizan menyatakan bahawa 128 unit rumah teres mampu milik yang berharga RM140,000 seunit habis ditempah.

Kegagalan Kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah berkenaan mengakibatkan pemaju perlu membayar kerugian akibat kelewatan pada kadar 10 peratus setahun atas harga belian mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

Akta itu mensyaratkan rumah seharusnya dibina dan disiapkan dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian jual beli ditandatangani. Ini bermakna anggaran kerugian akibat kelewatan untuk dua tahun ialah sebanyak RM3.584 juta,

Bekas Peguam Kes Liwat II Babit Anwar: Tuktes Vijay Tinggal Anwar







Seorang peguam kes liwat II Anwar Ibrahim I Yuktes Vijay yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan berhubung kes liwat II Anwar.

Yuktes Vijay salah seorang peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim berkerja dengan salah seorang peguam Anwar. Beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar dalam kes ini.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Yuktes Vijay antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Yuktes Vijay memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.

Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya:



-
Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.

Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya.

Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful

Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.

“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.
“Memang ada DNA Anwar dalam dubur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.
Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.

APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.


Di bawah adalah kenyataan asal Yuktes yang dikarang dalam bahasa Inggeris.

LETTER: From Yuktes Vijay, via e-mail

I read with anger the news that Saiful’s dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar’s long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.
When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.

Why Anwar never took the stand?

Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.

Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;

How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was ‘Mokhtar’, the name of Anwar’s security chief and brother-in-law? ;

Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful’s presence in the apartment be refuted;

Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;

Anwar’s current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful’s apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?

Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.

Fund for the overseas experts

The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.
Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.
The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having Datuks funding the wedding of the PM’s daughter?

Saiful

I don’t know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.

There were traces of Anwar’s DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the “break in the chain of evidence”. I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.

In a nutshell, there was evidence of Anwar’s semen in Saiful’s rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.
So the judge had no other way of corroborating Saiful’s evidence.

Conclusion for Part 1

Anwar is a consummate liar. He is using Saiful’s dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of “charm” about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.

Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action. And remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!

The writer, a former Anwarista, worked in Anwar’s Sodomy 2 trial for the defence – FMT