Rabu, 31 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2009 kepada seluruh warga Malaysia dan pelawat blog ini. Doa saya semoga kehadiran 2009 akan membawa seribu rahmat buat kita semua.

Semoga 2008 yang kita tinggalkan banyak membawa rahmat dan pengajaran kepada kita semua. Namun kita harus bersyukur kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa yang telah memberi limpah rahmat buat kita rakyat Malaysia dapat hidup dalam semua negara yang berdaulat, merdeka, aman, makmur dan sejahtera.

Biar pun kita berhadapan dengan beberapa kepayahan termasuk kegawatan politik akibat permainan politik seseorang yang bernafsu besar untuk menjadi Perdana Menter sehingga tidak menghormati keputusan demokrasi, kenaikan harga minyak yang mendadak akibat konspirasi pihak tertentu, ancaman masalah kegawatan ekonomi dunia ekokoran merudumnya ekonomi Amerika Syarikat. Bencana alam dan peperangan yang berlaku di beberapa buah negara termasuk pembunuhan etnik yang sedang dilakukan oleh Yahuni terhadap rakyat Palestin, namun kestabilan negara kita terus berkekalan.

2008 banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Marilah sama-sama kit abersyukur atas nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga segala kesilapan yang kita lakukan pada 2008 tidak akan kita ulangi pada 2009 dan pada masa akan datang.

2009 hadir dengan penuh cabaran. Kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia yang memungkinkan akan memberi kesan kepada negara kita. Sementara Rejim Yahuni sedang membuat provokasi terhadap dunia Islam dengan melakukan pembunuhan dan pencerobohan di kawasan penempatan rakyat Palestin.

Sebagai insan yang sayang dan cinta kepada keamanan kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan etnik dan kekejaman serta kezaliman yang sedang dilakukan oleh rejim Yahudi terhadap rakyat Palestin. Marilah kit ahulur sumbangan bagi membantu kesengsaraan mereka disamping berdoa agar kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi akan berakhir secepat yang mungkin serta memberi pembalasan diatas kezaliman yang dilakukan.

Kita juga telah membuktikan kepada dunia dan sejarah bahawa kemelesertan ekonomi yang kit aalami sebelum ini berjkaya kita atasi dengan kebijaksanaan kepimpinan pada masa itu disamping sokongan dan perpaduan dikalangan rakyat terhadap kerajaan dan negara. Tanpa meminjam satu sen daripada mana-mana pihak, kita berjaya keluar dari belenggu kemelesertan berkenaan.

Kali ini sekali lagi kita merasainya, ubat yang mujarab ialah kita harus menjaga perpaduan dan sokongan kit akepada kerajaan dalam berhadapan situasi ini. Kita telah menyaksikan apa yang berlaku terhadap beberapa buah negara termasuk jiran tetangga kita Thailand. Jelas terbukti apabila neagar dalam masalah dan rakyat tidak bersatu padu akhirnya yang menanggung kerugian adalah rakyat dan negara berkenaan.

Marilah sama-sama kita berdoa agar negara kita selamat dari segala bencana. Marilah kita berusaha mempastikan kedaulatan, kemerdekaan, keamanan dan eksejahteraan yang sedang kit anikmati akan terus berkekalan sampai khiamat.

Usahlah kita terperdaya dengan retorik dan lakonan pihak tertentu yang selama ini berjuang untuk kepentingan peribadi.

Kita harus ingat kestabilan politik, keamanan, kemakmuran, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan saling berkait rapat antara satu sama lain. Kalau salah satuny arosak maka pincanglang kesemuanya.

2009 juga akan menyaksikan peralihan kuasa dalam kepimpinan UMNO dan negara. Harapan kita peralihan kuasa yang dijanjikan akan dapat dilaksanakan dengan penuh tertip dan penuh kejujuran dan ianya akan di kotakan.

Kita berharap perlaihan kuasa dalam UMNO daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan turut dilaksanakan dalam kepimpinan negara kita. Kita amat berharap peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Pak Lah kepada Dartuk Seri Najib Tun Razak akan turut dilaksanakan.

Harapan kita peneraju baru dalam kepimpinan UMNO dan negara akan membawa perubahan yang positif serta memperbetulkan segala kesilapan dan kekilafan yang dilakukan semasa kepimpinan Pak Lah. Kita berharap kepimpinan baru akan bertindak tegas dalam beberapa isu khususnya yang membabitkan raja-raja Melayu, ketuanan Melayu dan Islam.

SELAMAT TAHUN BARU 2009.

Isnin, 29 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430. Semoga kita semua mengambil iktibar apa yang berlaku pada 1429. Semoga 1430 membawa seribu kesinsafan seribu rahmat buat kita semua. Marilah kita sama-sama berazam untuk mempertahankan maruah kesucian agama, bangsa dan negara tercinta.

Marilah kita renung isi kandung Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara pada 26 Disember 2008." HIJRAH MEMPERTAHANKAN HAK ISLAM "

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mutakhir ini terdapat cubaan sama ada secara disengajakan atau tidak untuk ‘menggugat’ keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Cubaan mencabar Islam dibuat melalui pelbagai cara. Antaranya penganjuran forum, dialog, penyebaran artikel menghina dan merendah-rendahkan Islam menerusi blog dan juga campur tangan dalam upacara keagamaan Islam.

Di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Peruntukkan ini mengiktiraf kedudukan Islam lebih tinggi daripada agama lain, dan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua bagi Persekutuan manakala raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan. Jadi, apabila Islam ditetapkan menjadi agama bagi Persekutuan ia bermakna rakyat dan sistem pemerintahannya mesti seiring iaitu meletakkan Islam sebagai asas utama pentadbiran negara.

Sesungguhnya semangat perundangan dalam Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menepati dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 19:
Maksudnya: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya."

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita akui bahawa Islam adalah agama toleransi. Tetapi persoalan besar timbul ialah setakat mana tolak ansur itu diharuskan?. Pada asasnya, hubungan Islam dengan agama lain adalah didasari oleh wasatiah atau kesederhanaan. Pekara ini perlu ditafsir dengan tepat dan jelas agar umat Islam dan bukan Islam tidak terkeliru. Islam tiada tolak ansur dalam persoalan akidah ummah. Namun Islam tidak memaksa pihak lain untuk menerima akidah Islam.

Ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 256:
Maksudnya: "Tidak ada paksaan untuk (memeluk) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Oleh kerana akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan, maka penganut bukan Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai. Tetapi dalam urusan kehidupan bernegara, kita semua terikat dengan undang-undang negara. Bagi umat Islam kita terikat dengan syariat Allah SWT.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ini berasa bimbang dan kecewa kerana terdapat segelintir pihak tertentu di negara ini yang membelakangkan undang-undang sehingga berani mencabar kedaulatan Islam. Apa yang sangat mendukacitakan kita ialah apabila ada di kalangan orang Islam sendiri turut terlibat sama yang menyebabkan agama dan umat Islam berpecah belah.

Fenomena ini pernah berlaku di dunia Arab, benua Indo-Pakistan hingga lahir ajaran Sikh, Bahai dan Qadiani. Semua ini asalnya diasaskan oleh sama ada orang Islam atau yang ada kaitan dengan Islam. Di satu pihak lagi, musuh-musuh Islam lebih selesa dan rasa selamat jika memperalatkan orang Islam yang jahil untuk menimbulkan keraguan terhadap agama Islam. Ini disebut strategi tashkik atau membangkitkan rasa syak terhadap agama sendiri.

Apa yang lebih malang lagi ialah terdapat umat Islam yang mungkin tidak sedar permainan ini kerana ia berselindung disebalik topeng kebebasan dan hak asasi manusia. Sebab itu, pelbagai konvensyen antarabangsa cuba dikenakan ke atas negara Islam supaya kita terikat sebagai penandatangan deklarasi tersebut. Hal ini pula berjalan serentak dengan propaganda melalui media antarabangsa. Isu yang selalu diguna adalah isu perjuangan hak wanita dan persamaan hak lelaki dan wanita.

Selain daripada itu, pihak tertentu juga mencuba menimbulkan perasaan was-was dan keraguan terhadap kesahihan agama Islam dengan mencampur adukkan adat istiadat atau nilai Barat sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sempena kehadiran tahun baru hijrah 1430 ini, mimbar yang mulia ini menyeru, marilah kita mendepani perasaan kasih dan sayang kepada Islam dan ummah di negara ini dengan mencontohi hijratur rasul SAW yang memperjuangkan hak Allah dan Islam dengan penuh keazaman dan iltizam. Justeru itu, kita berkewajipan memelihara dan mempertahankan kesucian agama iaitu dengan langkah-langkah berikut:

Pertama: menanamkan kecintaaan dan kasih sayang kepada agama yang merupakan nikmat yang paling besar dalam kehidupan;
Kedua: membangunkan wihdatul fikri (kesatuan fikiran) di kalangan ummah demi mempertahankan kemurnian Islam;
Ketiga: menjadikan institusi rasmi agama sebagai tempat rujukan umat Islam demi mengelak daripada terpengaruh dengan pandangan yang songsang; dan
Kempat: memantapkan pendidikan Islam di kalangan ummah dengan tasawwur Islam yang jelas.
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Isnin, 15 Disember 2008

AMANAT TUN TAN SIEW SIN DAN TUN SAMBANTHAN

Marilah kita renung bersama amanat Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan. Semoga kita dapat muhasabah diri kita siapa kita? Dari mana kita dan kemana kita? Sejarah tidak pernah membohongi sesiapa. Sejarah adalah fakta sejarah adalah bukti. Sesuatu bangsa itu akan binasa sekiranya tidak mempelajari dan mengambil pengajaran dari sejarah:-

Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi, "Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".


Tun Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.'' Tun Sambanthan

Sanggupkah PAS Gadai Kerusi Kuala Terengganu Kepada PKR?

Sehingga kini masih belum terjawab siapakah akan mewakili pembangkang untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Sejak kekosongan kerusi ini berlaku, Parti Keadilan Rakyat (PKR) begitu ghairah untuk bertanding dikawasan berkenaan.

Tanpa menghirau perasaan dan sentimen PAS yang sedang "mutaah" bersama PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, PKR terus bersuara untuk bertanding dikawasan berkenaan.

Sebagai pasangan yang "bermutaah" PKR seharusnya menghormati kerusi yang sebelum ini diagihkan kepada PAS.

PAS pasti dalam delima dan tersayat hati bila mendengar kenyataan terbuka oleh PKR yang mahu bertanding kerusi berkenaan.

Sehingga kini pucuk pimpinan PAS masih belum memberi kata putus siapakah yang bakal bertanding dikawasan berkenaan.

Gambaran ini seolah-olah wujud suasana tarik tali antara PAS dan PKR.

Seharusnya pada suasana begini beberapa nama telah ditonjolkan atau disebut-sebut untuk mewakili PAS. Namun sehingga kini walaupun nama bekas calon Mohamad Sabu disebut-sebut, pucuk pimpinan PAS terus menepis bahawa calon belum lagi ditetapkan.

Apakah kerana sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. Sudah dapat rotan akar tidak mahu dilihat lagi.

Apakah Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden PAS yang selama ini menjadi ayam sabung kepada PAS sudah dianggap tidak layak lagi selepas PAS mendapat nafas baru dari ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengorbanan Mohaamd Sabu sebagai ayam sabung sanggup disepak bagai bola kesana sini semata-mata untuk PAS nampaknya sudah mula diragui oleh PAS sendiri apa lagi pakatan pembangkang.

Mohamad Sabu antara orang yang paling lantang di luar dan dalam Parlimen mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

Beliau antara orang yang paling lantang mencabar Anwar untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan salah lakunya yang pada ketika itu sedang diperkatakan dimerata-rata tempat.

Dalam parlimen atau diluar parlimen Mohamad Sabu terus mencabar Anwar. Anwar sentiasa menjadi buruan Mohamd Sabu ketika berhujah dan berceramah.

Apakah kerana kelantangan Mohamad sabu mengkritik Anwar pada ketika itu membuat dendam kesumat yang terbuku selama ini membuatkan Anwar selaku ketua pembangkang enggan menerima kehadiran Mohamad Sabu dalam Parlimen.

Pemimpin PAS yang "bermazhab Anwar Ibrahim" pasti tidak mahu Mohaamd Sabu ditonjolkan sebagai calon kali ini.

Mereka sudah pasti akan berkonspirasi bagi memastikan calon bermazhab Anwar sahaja yang akan menjadi calon dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Sekiranya ianya berlaku satu malapetaka telah mengancam masa depan PAS sendiri.

Lantas itu, pucuk pimpinan PAS harus berhati-hati dalam memilih calon kali ini agar golongan yang bermazhab Anwar tidak terpilih menjadi calon.

Jika terus dibiarkan juga ianya berlaku maka akan terjadilah apa yang dikatakan "kaduk naik junjung". Andai berlaku masa sudah terlewat bagi pucuk pimpinan PAS untuk melakukan sebarang perubahan lagi.

Oleh itu sekiranya PAS ingin meletak calon, ianya harus disaring betul-betul agar calon berkenaan bukan dari golongan bermazhab Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini PAS akan mengutamakan calon berperwatakan ulama dan profesional bagi menyangi calon Barisan Nasional jadi apakah tradisi ini akan berulang semula?

Kalau ini keutamaan PAS sudah tentu Mohamad Sabu terpaksa mengigit jari kerana beliau tiada kelayakan seumpama ini. Apakah ini merupakan petanda berakhirnya kerjaya Moahamd Sabu sebagai orang politik.

Apakah ini jug asebagai amaran awal untuk Mohamad Sabu bahawa jawatan yang sedang disandang beliau akan dicabar dalam pemilihan akan datang dan beliau akan dipastikan dinyahkan dari barisan kepimpinan PAS.

Apakah ahli PAS sanggup melihat seorang pemimpin yang satu ketika dahulu menjadi ayam sabung dan ayam tambatan PAS akhirnya akan dikorbankan semata-mata mahu memenuhi tuntutan pihak tertentu agar kerjaya politiknya dikuburkan.

Walau pun menduduki kerusi Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dilihat gagal mengaut sokongan padu dalam jemaah kepemimpinan PAS pusat.

Ini kerana jemaah itu dilihat lebih dikuasai oleh mereka yang bermazhabkan Anwar.

Inilah fenomena baru yang berlaku dalam PAS masa kini. Ahli PAS sendiri lebih mengitiraf keterampilan Anwar daripada pemimpin PAS sendiri.

Jika dahulu ucapan dan cakap pemimpin PAS dianggap fatwa dan keramat kini ahli PAS lebih mempercayai cakap Anwar daripada pemimpin mereka.

Kemelut ini jika gagal ditangani menjelang pilihanray kecil Kuala Terengganu bermakna PAS telah dikuasai oleh kumpulan bermazhab Anwar.

Jika ini berlaku bermakna masalah dalaman PAS sudah menjadi parah akhirnya PAS akan menjadi penyambung lidah Anwar.

Pemimpin dan ahli PAS harus sedar wabak yang sedang menular dalam parti berkenaan kini sudah menjadi virus pemusnah agenda utama PAS untuk menegak negara Islam berperlembagaan Islam bertulis.

Jika individu ini terpilih ianya akan menjadi penegak kepada perjuangan Anwar Ibrahim dan bukannya PAS.

Antara kriteria yang harus diketepikan oleh PAS ialah sekiranya individu yang ingin dipilih terdiri daripada mana-mana jemaah termasuk dari Jemaah Islam Malaysia atau Abim individu ini harus disisihkan.

Ini perkara yang dititik berat oleh pemimpin PAS terdahulu dalam memilih pemimpin untuk menerajui PAS dan untuk menjadi calon.

Adalah difahamkan perkara ini diambil berat pada masa itu kerana pucuk pimpinan PAS pada ketika ini merasai bahawa pemimpin, calon, wakil rakyat dan ahli PAS hanya perlu ada satu kesetiaan iaitu PAS.

Mereka mungkin mengambil kira sudah wujud kelompok Anwar Ibrahim dalam kedua-dua jemaahn berkenaan. Lantas itulah larangan dibuat terhadap ahli PAS pada ketika itu daripada terjebak dalam kedua-dua jemaah ini.

Namun pucuk pimpinan yang sedia ada dalam PAS sudah terlepas pandang kepada kriteria berkenaan.

Mungkin kerana beranggapan Anwar akan terus berada dalam UMNO makan PAS terus menerima siapa sahaja daripada kelompok Anwar yang ingin menyertai PAS dengan beranggapan tindakan itu dapat memisahkan perjuangan mereka daripada Anwar.

Namun tanggapan ini salah, Anwar bijak mengatur strategi bagi mengembangkan sayapnya dengan mengekspot orang-orangnya kedalam PAS.

Jadi tanpa kehadiran Anwar pun satu hari PAS akan meletak Anwar pada tangga teratas.

Kini keadaan telah menjadi realiti.Ahli Pas dan pemimpin PAS secara terang-terang sanggup bercakap Anwar antara paling layak menjadi Perdana Menteri sehingga mereka lupa ramai tokoh PAS turut layak untuk menerajui PAS.

Masa belum lagi terlambat. PAS harus siap siaga dalam menangani isu ini.Pemilihan calon kali ini akan menentukan masa depan dan halatuju PAS pada masa akan datang.

Nila setitik rosak susu sebelanga. Bersekongkol dengan PKR perjuangan PAS rosak dan terhina

Nila setitik rosak susu sebelanga. Bersekongkol dengan PKR perjuangan PAS rosak dan terhina

Itulah yang dapat dizahirkan apabila melihat halatuju perjuangan PAS tersimpang jauh dari matlamatnya.

Sebelum 1997, PAS terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan ulama, radikal dan liberal.

Ketiga-tiga kumpulan ini pernah bertembung dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS pada tahun 1993.

Akhirnya dapat dilihat golongan liberal ramai yang terkorban dalam pemilihan berkenaan. Beberapa orang yang masih bertahan akhirnya hanyut begitu sahaja dan kini tenggelam samasekali.

Sebelum 1997 perjuangan PAS terhadap matlamat asalnya untuk menubuh negara Islam begitu kuat.

Biar pun berpecah kepada tiga kumpulan ulama, radikal dan liberal paksi perjuangan PAS tetap satu untuk mengwujudkan sebuah negara Islam dengan berpelembagaan Islam bertulis.

Namun selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perjuangan PAS sudah menjadi celaru. Ini ditambah lagi dengan kemasukan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dalam PAS dan memegang jawatan penting dalam parti berkenaan.

Apa yang pelik ialah selepas Anwar di pecat dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menubuh Parti Keadilan sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim tidak memilih meneruskan perjuangan dalam PKR. Malah mereka memilih untuk meneruskan perjuangan dalam PAS.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini dalam tulisan saya, puak-puak ini tidak menyertai PKR kerana mereka sudah pasti mempunyai agenda tersendiri termasuk untuk mendapat tempat dengan populariti yang mereka ada disamping itu mahu mengembangkan sayap fahaman Anwar Ibrahim dalm PAS.

Anwar dan kumpulan ini sudah tentu telah mengatur strategik untuk mempastikan kumpulan pembangkang mengitiraf kepimpinan Anwar.

Sekiranya PKR sahaja yang melonjakkan Anwar matlamatuntuk menabalkan Anwar sebagai pemimpin negara tidak akan tercapai. Lantas itu fahaman dan ketaksuban kepada Anwar wajar di kembangkan dalam PAS.

Akhirnya kita lihat pada pilihanraya umum ke 11 dan ke 12 PAS tidak lagi mendendangkan lagu untuk menubuhkan negara Islam dengan perlembagaan Islam bertulis dalam kempen pilihanraya berkenaan.

Malah rakan media pernah di tempelak oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang supaya jangan bertanya soal untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan perlembagaan Islam bertulis dan hukum hudud.

Hadi berkata ianya tiada dalam agenda dan menifesto pilihanraya.

Apabila keghairahan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri semakin memuncak majoriti ahli dan pemimpin PAS mula mendendangkan lagu bersama untuk menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Mereka begitu ghairah untuk menabal Anwar sebagai Perdana menteri sehingga melupai dikalangan pemimpinan PAS ramai yang layak untuk ditabalkan menjadi Perdana Menteri.

Kini setelah 10 tahun Anwar berjaya menyerap dan menyeludup masuk pengaruhnya dalam PAS barulah pemimpin PAS tersedar akan bahaya orang-orang Anwar yang kini berada dalam gelanggang kepemimpinan PAS.

Tragedi terkini ialah kemelut yang berlaku dalam kepimpinan PAS Selangor terbukti bagaimana gerombolan Anwar berjaya melebarkan sayap perjuangan Anwar sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar perjuangan PAS semata-mata untuk menerus agenda memperjuangkan matlmat Anwar.

Jika dahulu PAS terbahagia kepada tiga kumpulan iaitu ulama,radikal dan liberal kini telah menjadi empat kumpulan apabila wujud sekumpulan pemimpin dan ahli PAS yang bermazhabkan Anwar.

Inilah padahnya apabila pemimpin dan ahli parti tidak berpegang kepada prinsip parti.

Jika kita semak balik pada tahun 1993, dalam muktamar PAS di Gombak telah membuat pendirian untuk mengharam mana-mana ahli PAS daripada menyertai mana-mana jemaah lain selain daripada PAS termasuk Jemaah Islam Malaysia, ABIM, Al-Arqam dan Tablig.

Allahyarham Fadzil Noor sendiri dalam ucapan penggulungannya turut memberi amaran dan peringatan akan wujud satu gerakan untuk merosakan parti ini daripada dalam.

Lantas itu beliau mengajak pemimpin dan ahli PAS sentiasa setia bersama PAS dan berhati-hati terhadap pihak tertentu.

Ketika Allahyarham Fadzil berucap ramai yang beranggapan bahawa UMNO yang akan menyusup masuk dalam PAS dan merosak parti berkenaan.

Namun telahan itu meleset sama sekali. Allahyarham Fadzil Noor tentu telah membuat perkiraan yang bijak sebelum membuat kenyataan sebegitu. Allahyarham sudah dapat merasainya bahaya sekiranya dibiarkan kehadiran orang-orang Anwar dalam parti berkenaan.

Kini Allahyarham sudah tiada. Segala kata-kata dan amarannya telah menjadi realiti.

Begitulah apabila ketamakan mempengaruhi individu dan kelompok segala yang dijanji tidak lagi diendahkan. Peringatan dan amaran diabaikan.

Lantas itu kerana inginkan sokongan dan kemenangan pemimpin PAS yang mewarisi kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor sanggup menggadai sumpah janji yang diukujanjikan pada tahun 1993.

Akhirnya kita lihat kini PAS sudah berpecah daripada tiga kumpulan kepada empat kumpulan.

Namun yang anehnya kumpulan yang keempat yang baru lahir selepas 1998 mendominasikan arahtuju perjuangan PAS.

Kini Pas sudah hilang arah tuju. Walaupun PAS berkuasa di Perak, Pas gagal merealisssikan perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud di Perak.

Begitu juga setelah PAS menguasai Kedah, Pas langsung tidak bercakap untuk melaksanakan hukum hudud di Kedah.

Malah PAS seolah-olah telah lupa dan lari daripada matlamat asalanya.

Apabila kerajaan menahan Raja Petra kerana menghina Nabi Muhammad dan menahan Tresa Kok dalam isu azan Pas terus membela mereka ini dan membelasah kerajaan kerana menahan mereka ini dalam ISA.

Apakah kerana mahu mejaga hubungan baik dengan PKR sdan DAP Pas sanggup menggadai maruah dan perjuangannya untuk Islam sehingga sanggup mencemuh tindakan keranaan menahan mereka ini dalam ISA.

PAS sepatutnya menyokong tindakan ini. Raja Petra di tahan kerana menghina Rasulullah dan Tresa kerana mahu laungan azan diperlahankan.

Malah PAS langsung tidak bersuara dalam Parlimen untuk membuat sebarang bantahan terhadap sikap celupar kedua-dua manusia ini. Malah Pas tidak pun bersuara apabila Majlis Peguam mengadakan konvensyen yang menjurus kearah mempertikaikan kesucian Islam.

Pemimpin PAS harus insaf jawatan yang diterima adalah amanah Allah. Jangan kerana inginkan kuasa mereka sanggup berputih mata melihat Islam dan Nabi di hina. Jangan kerana laparkan kuasa, agama, bangsa, negara dan maruah perjuangan pun sanggup digadaikan.

Oleh itu PAS harus kembali kepangkal jalan. Pemimpin dan ahli Pas yang sayangkan PAS harus bangun menegak dan mempertahankan prinsip perjuangan PAS.

Jika pemimpin mereka masih lagi tidak mahu berganjak, selepas teguran yang dibuat di Perak dalam muktamar yang lepas, maka langkah terakhir ialah memanggil satu muktamar khas bagi membincangankan halatuju dan perjuangankan serta mengembalikan PAS kepangkal jalan.

Jika pemimpin mereka masih taksub dengan perjuangan dan agenda bersama Anwar sehingga sanggup ketepikan matlamat asal perjuangan PAS, maka merek aharus mengemukan usul tidak percaya kepada pucuk pimpinan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan PAS.

Kini pemimpin PAS telah terbabas jauh. Pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Fadzil Noor, Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Asri Muda berpegang teguh dengan perjuangan PAS.

Biar pun mereka tidak bersatu dengan dan bersetuju dalam sesuatu hal dengan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tetapi demi kepentingan agama, bangsa dan negara mereka pada satu ketika tetap bersatu bersama UMNO untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Pemimpin yang mewarisi PAS kini nampaknya lebih mengutamakan perjuangan peribadi sebab itulah mereka sanggup menggadai maruah perjuangan utama PAS sehingga sanggupmengeluarkan kenyataan jangan ditanya lagi soal poenubuhan negara islam dan perlembagaan islam bertulis serta perlaksanaan hukum hudud kerana ianya bukan lagi agenda PAS!

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga!Sesat di pertengahan jalan kempablilah kepangkal jalan.

BERSIHKAN PAS DARI MAZHAB ANWAR

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, sudah kelihatan kelibat dalam PAS yang lebih menyanjungi dan taksub kepada Ketua Umum PKR itu daripada pemimpin PAS.

Seolah-olah sudah ada satu perancangan yang disusun agar fahaman Anwar dapat diresapi ke dalam PAS.Umum semua mengetahui sebelum Anwar dipecat daripada Kabinet dan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Anwar dijadikan sasaran pihak pembangkang terutama pemimpin PAS.

Jika kita teliti ucapan atau ceramah-ceramah politik, banyak gelaran yang jijik dan kurang baik untuk didengar diberikan oleh pemimpin PAS pada ketika itu.Malah pemimpin PAS sendiri meminta Anwar menafi dan mengambil tindakan mahkamah terhadap dakwaan yang mereka lemparkannya terhadapnya ketika itu.

Malah media rasmi PAS Harakah, turut menyiarkan gambar aksi Anwar termasuk gambar Anwar menerima duit judi pada 20 Januari 1994 di Jalan Jelatek, Ampang, Kuala Lumpur. Gambar ini disiarkan selepas Akhbar Watan menyiarkan gambar berkenaan di muka depan.

Harakah jug apernah menyiarkan berita muka depan mendesak Perdana Menteri Ketika itu Datuk Seru Dr Mahathir Mohamed (Tun) memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Namun apabila Anwar dipecat, kita lihat pemimpin PAS bertindak di luar dugaan. Akhbar Harakah yang selama ini melanyak Anwar tetiba terus membela Anwar. Umum mengetahui bahawa PAS ingin mendapat keuntungan politik dari isu Anwar. Memang terbukti pada pilihanraya umum 1999.Tetapi yang lebih mendapat untung adalah DAP.

Namun dalam pilihanraya umum ke 12, terbukti isu yang dimainkan oleh PAS tidak lagi menguntungkan PAS. PKR dan DAP pula mendapat untung daripada isu Anwar.Apa yang lebih pelik ialah tindakan beberapa orang kuat Anwar yang tidak menyertai PKR yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang jelas matlamat utama ditubuh parti ini untuk membela Anwar yang kononnya dianiaya oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad.Pemimpin berkenaan lebih mengambil pendekatan untuk menyertai PAS. Sedangkan sebelum ini mereka bermati-matian berjuang membela Anwar yang kononnya teraniaya.

Jika dilihat dari satu sudut seolah-olah ada satu perancangan jangka panjang yang disusun atur oleh pengikut Anwar untuk menyusup masuk dan meresapi ke dalam PAS bagi mengembangkan fahaman dan mazhab Anwar.Mereka seolah-olah sedar bahawa jika hendak diharapkan PKR sudah pasti perjuangan untuk membela Anwar dan mempastikan agenda perjuangannya tidak dapat direalisasi tentu tidak terlaksana.Mereka tentu telah mengambil pengajaran bagaimana pakatan pembangkang gagal dipertengahan jalan kerana asas perjuangan dan matlamatnya berbeza-beza.

Semasa Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi presiden PAS, parti itu telah mengharamkan ahli PAS menyertai Jemaah Islam Malaysia dan mana-mana pertubuhan yang seumpamanya.Lantas itu tertutuplah pintu buat ahli-ahli Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang terdiri daripada cerdik pandai daripada menyertai PAS.

Allahyarham Fadzil Noor tentu mempunyai alasan kukuh kerana beliau pada ketika itu berbuat demikian.Mungkin beliau menyedari bahawa majori anggota JIM itu adalah ahli ABIM dan mirip kepada perjuangan Anwar.Namun untuk mengaut sokongan akhirnya PAS membuka pintunya kepada JIM.

Apabila PAS membuka pintu partinya kepada kumpulan ini kelihatan kelibat-kelibat yang pernah bersama-sama Anwar mula mendekati PAS malah telah berjaya mempengaruhi ahli PAS untuk memartabatkan mereka sebagai pemimpin.Tindakan PAS ini bagai orang sudah mengantuk disurung bantal. Mereka yang selama ini merupakan ”orang kuat” Anwar bukan sekadar menumpang tidur malah berusaha merealisasikan mimpi yang dimimpikan oleh mereka dan Anwar di dalam PAS.

Keadaan ini menjadi realiti lagi selepas pembebasan Anwar.Puak-puak yang bermazhab Anwar mula mengusung Anwar ke sana sini dalam setiap siri ceramah PAS. Akhirnya apa yang berlaku populariti Anwar telah menyaingi populariti pemimpin PAS. Keadaan ini lebih parah apabila ahli-ahli PAS mula melihat bahawa Anwar merupakan pilihan terbaik untuk menerajui kepimpinan barisan pembangkang untuk berkuasa.

Suasana ini jelas terbukti menjelang pilihanraya ke 11 dan selepas pilihanraya umum ke 12.Pemimpin-pemimpin yang bermazhab Anwar telah berjaya merealissikan asas perjuangan Anwar di mana PAS tidak lagi meletakan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangan utamanya. Sejak dalam pilihanraya ke 11 PAS tidak lagi bercakap soal penubuhan negara Islam yang berpelembagaan Islam bertulis.

Begitu juga dalam pilihanraya ke 12, Presiden PAS sendiri telah menegaskan kepada wartawan usah dibangkit dan disoalkan lagi tentang penubuhan negara Islam.Menurut Hadi penubuhan negara Islam bukan lagi agenda dalam pilihanraya ke 12. Apabila berakhirnya pilihanraya ke 12, setelah BN kekurangan majoriti dua pertiga, pemimpin berkenaan sekali lagi berusaha mempengaruhi pemimpin PAS untuk menerima pakai mimpi Anwar untuk menubuh kerajaan dengan acara lompat parti daripada komponen BN.

Sejak itu gula-gula ditaburkan bahawa Anwarlah pemimpin paling layak untuk menjadi Perdana Menteri. Maka sekali lagi Anwar diusung untuk berada di atas pentas PAS bagi menyampaikan hujah menjayakan matlamatnya.Jelas sebagai orang yang bijak berretorik, bijak menggunakan kesempatan semasa orang dalam kepayahan dan kesusahan Anwar berjaya mempengaruhi ahli PAS bahawa dialah calon terbaik daripada kalangan pemimpin pembangkang termasuk dari PAS yang layak menjadi Perdana Menteri menerusi acara lompat parti.

Anwar mengguna tipu helah kononnya dia mempunyai 40 orang ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan pembangkang. Selepas itu jumlah itu semakin hari semkin menurun. Namun tahap kepercayaan di kalangan ahli PAS bertambah. Mereka percaya Anwar orang yang hebat, boleh dipercayai dan layak menjadi Perdana Menteri.Seolah-olah Anwar mempunyai kuasa ghaib “aku kata jadi jadilah”

Akhirnya ahli PAS lupa akan ketokohan pemimpin PAS selama ini. Mereka lupa ulama-ulama PAS yang sememangnya hebat. Mujur menjelang detik 16 September, pemimpin PAS seolah-olah baru tersedar daripada diperdaya oleh juak-juak dan retorik Anwar.Akhirnya wujudlah suara-suara dalaman PAS yang menyatakan pemimpin PAS lebih layak daripada Anwar.

Terdapat juga suara-suara yang mahu sekiranya kerajaan baru mahu ditubuhkan ianya mesti berlandaskan Islam dan pemimpin PAS mesti menerajuinya.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gerombolaannya terus membidas kenyataan daripada PAS bahawa DAP menolak sebarang penubuhan negara Islam. Lalu berlaku pertikaman lidah seketika.

Lantas Anwar terus menonjol diri bahawa dialah antara pemimpin pembangkang yang layak menjadi Perdana Menteri terutama selepas menang pilihanraya kecil Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.Senario mula berubah apabila muktamar PAS belangsung di Perak bila ada di kalangan perwakilan PAS bangun menyuarakan rasa kurang senang di atas ketaksupan ahli PAS terhadap Anwar sehingga kewibawaan kepemimpinan PAS dilupai.

Malah pemimpin PAS sendiri Haji Hadi Awang secara terbuka menyatakan hasrat Anwar itu umpama angan-angan Mat Jenin. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali dengan tegasnya juga menyatakan impian Anwar tidak akan menjadi kenyataan.Pada saat terkahir pula Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyokong mana-mana penubuhan kerajaan yang tidak diasaskan Islam sama ada oleh Anwar atau UMNO.

Jadi bagaimana pula Anwar boleh mendakwa bahawa dia mempunyai 30 ahli parlimen untuk membolehnya mengangkat sumpah?Kalau Pas sendiri telah menarik diri dari awal-awal lagi dan tidak mahu mengiktiraf kerajaan yang ingin ditubuh oleh anwar tentulah jumlah sokongan untuk menubuh kerajaan masih belum mencukupi.

Keghairahan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September telah mengundang satu kesedaran kepada pemimpin PAS. Malah satu malapetaka kepada pakatan pembangkang apabila Hadi Awang secara jelas berkata ”PAS menarik diri” dari bersama Anwar untuk menubuh kerajaan kerana kerajaan itu tidak berasaskan Islam.

Kini 16 September telah berlalu. Seluruh ahli PAS harus muhasabah diri agar tidak terlalu taksub dengan retorik Anwar. Malah mereka harus kembali kepada perjaungan asal PAS dan memartabatkan PAS sebagai sebagaimana dahulu. PAS harus kembali keperjuangan asalnya.Malah harus kembali kepada semangat berparti seperti mana yang diamalkan sebelumnya terutama dalam bermesyuarah demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah PAS harus membuat pembersihan dalam parti dengan menyingkirkan fahaman mazhab Anwar dalam parti berkenaan.Mana-mana pemimpin PAS tidak kira dari mana sekiranya ianya begitu taksub dan terus memperjuangkan kepentingan Anwar dengan menjadikan PAS sebagai landasan kedua bagi mencapai matlamat Anwar maka pemimpin berkenaan harus ditolak.PAS harus sedar 16 September juga mencalar maruah dan kewibawaan PAS. PAS tidak harus membiarkan parti ini dijadikan boneka untuk Anwar mencapai cita-cita dan matlamat politiknya.

Usaha pembersihan harus dilakukan segera sekiranya ahli PAS mahu pemimpin mereka dihormati dan PAS tetap dengan hala tujunya. Jika tidak dilakukan pastinya lama kelamaan perjuangan PAS akan turut pudar dan terhakis akibat permainan ahli dan pemimpin PAS yang bermazhab Anwar.

MUKHRIZ TOKOH KETUA PEMUDA UMNO TERBAIK

Teka-teki mengenai pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kini telah terjawab. Dengan "aura" yang dimiliki, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tampil sebagai calon yang pertama melayakan diri dalam pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO diikuti oleh Datuk Seri Khir Toyo dan menantu Perdana Menteri Khairy Jamaluddin.

Dengan ketokohan yang sedia ada, Mukhriz yang jug ahli Parlimen Jerlun meluncur laju meninggalkan calon lain ke belakang. Ini memeranjatkan semua pihak yang selama ini berkiblatkan Khairy Jamaluddin sebagai peneraju. Bukan sahaja ahli UMNO yang terkejut, malah pemerhati dan mereka yang sebelum ini telah menarik sokongan kepada UMNO melahirkan rasa bangga di atas kejayaan awal Mukhriz.

Saya ingin memetik kata-kata yang terucap di salah sebuah restoran ketika Berita jam 8 menyiarkan Mukhriz telah melepasi kuota pencalonan. “Inilah yang kita nak…..pemimpin hebat macam ni” ujar sekelompok mereka yang saya kenal sebelum ini telah menarik diri daripada UMNO kerana kecewa dengan situasi yang semua Kita maklum.

Umum mengetahui, Mukhriz amat lantang menyuarakan pandangan, pendapat dan kritikan dalam apa jua yang isu yang timbul dengan penuh kejujuran demi parti, agama, bangsa dan negara. Malah demi menyelamatkan UMNO, Mukhriz merupakan anggota UMNO yang pertama menyuarakan pandangan meminta Perdana Menteri dan Presiden UMNO berundur.

Segala-galanya dilakukan kerana UMNO. Lantas Mukhriz diasak bertubi-tubi orang mereka yang berkepentingan sehingga ada pihak yang menyuarakan pandangan supaya beliau disingkirkan daripada UMNO.

Namun Mukhriz tidak berganjak, setelah "deadline" diberi kepada Pak Lah supaya berundur pada Julai 2008 tidak diendahkan maka Mukhriz sekali lagi memberi "deadline" terbaru kepada Pak Lah supaya mengumumkan keputusannya untuk mengosongkan jawatan berkenaan selewat-lewatnya Oktober ini.

Mukhriz bukan mendapat laluan yang mudah. Tiada “red carpet” buatnya. Beliau terpaksa memanjat tangga bersendirian bukan masuk melalui “tingkap” seperti yang dibuat oleh calon tertentu. Percubaan kali pertama beliau pada pemilihan yang lepas gagal setelah ada calon yang berjaya menerjah diri melalui tingkap. Akhirnya Mukhriz tersingkir. Malah semasa beliau menjadi calon Parlimen Jerlun, beliau berhadapan dengan pelbagai kesukaran, onak dan duri, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging. Biarpun ramai yang datang untuk membantu beliau pada ketika itu, malah ramai juga yang datang untuk mengalahkan beliau dalam pilihanraya berkenaan.

Berdasarkan senario pada hari ini yang menampakkan ahli UMNO akar umbi sememangnya inginkan perubahan bagi memulih semula UMNO dan Barisan Nasional. Golongan Pemuda mula menunjuk taring dan keberanian untuk membuat arus perubahan. Sebagai seorang tokoh Pemuda, Mukhriz langsung tidak pernah dikaitkan dengan isu-isu peribadi yang penuh kontroversi sepertimana calon lain.

Malah beliau langsung tidak pernah mengaitkan status kekeluargaan untuk politik peribadi. Beliau muncul secara aktif dalam arena politik setelah Tun Dr Mahathir Mohamad berundur.

Menjelang Perhimpunan Agung Pergerakan UMNO Mac akan datang, seluruh ahli dan perwakilan UMNO harus bermuhasabah diri. Mereka harus meletakan kepentingan parti daripada mana-mana kepentingan. Berdasarkan pencalonan majoriti pergerakan UMNO mahu Mukhriz menerajui Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Lantas itu mereka harus bertindak bijak lagi berani untuk terus memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz. Jika boleh diandaikan biarlah Mukhriz mendahului pencalonan dengan meninggalkan calon lain dengan majoriti yang besar.

Namun jika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO terbabit masih belum mahu menjejaki arus perubahan yang sedang dilakukan pada akar umbi dengan memberi laluan kepada calon lain, mereka jangan kesal dan jangan kecewa jika rakyat terus memberi hukuman kepada UMNO pada pilihanraya akan datang.

Kepada perwakilan UMNO yang telah mencalonkan Mukhriz, saya ucapkan tahniah saya yakin keputusan mereka akan membawa rahmat buat UMNO. Arus perubahan yang sedang dilakukan amat dinanti-nanti oleh semua pihak termasuk mereka yang berada di luar UMNO yang sebelum ini telah menangguhkan sokongan kepada UMNO.

Saya yakin arus perubahan ini akan mengembalikan sokongan padu rakyat kepada UMNO. Kepada bahagian yang belum bersidang, selamat bersidang dan selamat membuat arus perubahan dan berilah pencalonan kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Kepada Mukhriz, saya ucapkan selamat berjuang, setulus doa sentiasa mengiringi beliau untuk berjaya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Dengan harapan kejayaan beliau akan memberi nafas baru kepada UMNO dan bangsa Melayu dan Islam serta seluruh warga Malaysia.

HINDRAF:TINDAKAN TEGAS SEPATUTNYA LEBIH AWAL LAGI!!!

Sejak terkeluar perkataan Hindraf, saya awal-awal lagi telah menyuarakan pandangan agar tindakan segera membendung kegiatan haram kumpulan ini disegerakan.

Jika kerajaan boleh bertindak tegas terhadap kumpulan Arqam dan lebih 15 kumpulan ajaran sesat, kenapa kerajaan perlu berlembut terhadap kumpulan haram ini yang secara terang-terang berniat jahat serta mempunyai motif tertentu.

Kalau kita kaji memorandum yang dihantar oleh Hindraf kepada PBB antara lainnya mereka telah menyuarakan hasrat untuk bertindak ganas seperti yang dilakukan oleh pelampau hindu di salah sebuah negara jika aduan mereka tidak diendahkan. Secara jelas jika kita kaji terdapat pembohongan yang amat besar dalam memorandum yang mereka kemukakan kepada PBB.

Saya berasa amat pelik terhadap sikap sesetengah pihak dalam kes hindraf ini. Jika dalam kes Al-Arqam, KMM dan Al-Maunah mereka memuji langkah kerajaan bertindak tegas terhadap kumpulan berkenaan termasuk penggunaan ISA terhadap kumpulan ini, mengapa mereka menjadi pembela kepada kumpulan haram hindraf ini.

Fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan haram hindraf terhadap umat islam di negara ini amat besar dan tidak boleh dimaafkan. Mereka memfitnah kononnya umat islam di negara ini sebagai pengganas memusnahkan kuil-kuil yang mereka bina. Mereka memfitnah umat islam negara ini melakukan pencerobohan dan memusnah kuil-kuil serta melakukan penghapusan etnik kaum hindu. Ini merupakan satu fitnah yang maha besar dan tidak boleh dimaafkan oleh seluruh umat islam.

Jika kerajaan boleh bertindak tegas terhadap kumpulan Al-Arqam, Al-maunah, KMM dan lebih 15 kumpulan ajaran sesat maka adalah tidak wajar kerajaan berlembut dengan kumpulan haram ini. Media juga harus bersikap positif, jika media langsung tidak pernah memberi publisiti kepada Al-arqam, al-maunah, kmm dan lebih 15 kumpulan ajaran sesat, maka amat wajar media juga bersikap sebegitu terhadap hindraf.

Sikap biadap kumpulan haram ini, sejak akhir-akhir ini perlu tindakan tegas daripada pihak kerajaan. Kerajaan tidak boleh bersikap berat sebelah dalam mengambil tindakan, jika tindakan Al-Arqam, KMM, Al-Maunah menyalahi undang-undang,

Ada agenda tertentu yang boleh merosak keselamatan negara telah pun diambil tindakan termasuk menahan mereka di bawah ISA,mendakwa dan memenjarakan mereka maka kumpulann haram hindraf tidak harus terkecuali. Kerajaan harus sedar, tindakan hindraf sedikit sebanyak telah menyakiti hati dan perasaan umat Islam.

Jadi, jika kerajaan lambat bertindak saya bimbang kesabaran umat Islam akan hilang akhirnya berlaku sesuatu yang merosak keselamatan negara. Sikap biadap mereka di rumah terbuka aiidlfitri baru-baru ini telah membakar perasaan umat islam.

Jadi sebelum bara itu bernyala dan membakar maka tindakan tegas perlu segera dibuat oleh pihak kerajaan. Kerajaan tidak perlu takut kerana akan hilang populariti. Apa makna populariti jika bumi yang dipijak telah kacau bilau.

Jadi sebelum keamanan yang kita bina lenyap akibat inginkan populariti, maka kerajaan wajar bertindak. Ingatlah tiada siapa pun yang akan terlepas daripada hukuman sama ada melalui undang-undang atau akta yang ada. Kerajaan perlu bijak dan segera bertindak. jika Kita inginkan keamanan terus berkekalan, maka Hindraf perlu dipupuskan dari bumi ini sehingga keakar umbi.

UMNO Perlu Sokong Regu Najib Dan Muhyiddin (2M)

UMNO Perlu Sokong Regu Najib Dan Muhyiddin (2M)

Kerancakan pencalonan Presiden dan timbalan presiden UMNO telah sampai kemuncak apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak muktamad menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Ali Rustam turut layak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Dari segi kelayakan dan pengalaman serta kesetiaan kepada parti, kedua-dua tokoh ini tidak wajar dipertikai oleh mana-mana pihak termasuk daripada Presiden UMNO sendiri. Tindakan pihak tertentu untuk memujuk calon lain daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden adalah satu kewajaran yang amat tepat walaupun perkara ini tidak disenangi oleh Datuk Seri Abdullah melalui kenyataannya di Sabah . Kenyataannya menyangkah tindakan pihak tertentu untuk memujuk Ali Rustam berundur dari bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sepatutnya semua pihak harus bersyukur kerana ada usaha untuk mententeramkan UMNO. Umno jangan terperangkap dalam hal ini. Ahli UMNO harus bijak menilai calon dan menilai implikasi jika Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dicalon dan salah seorang akan menang.

Jika Ali atau Muhammad Taib menang, pasti mereka orang yang paling layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ali adalah ahli dewan Undangan Negeri Melaka sementara Muhammad Taib hanyalah seorang Senator sahaja. Lantas itu membolehkan mereka dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pilihanraya kecil terpaksa di buat bagi membolehkan mereka menjadi ahli Parlimen.

Dalam situasi begini, apakah UMNO bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil? Saya yakin, jika pilihanraya kecil diadakan di Selangor, UMNO dan BN akan berhadapan dengan masalah yang mungkin tidak memihak kepada UMNO dan BN. Begitu juga kalau dilakukan di Melaka.

Kerana melihat situasi tidak menguntungkan UMNO dan BN maka kita lihat petisyen pilihanraya Kulim Bandar Bharu ditarik balik sedangkan keputusan itu pejam mata pun boleh memihak kepada UMNO dan BN. Dalam keadaan UMNO masih belum bersedia, saya pasti jika pilihanraya dibuat di Melaka atau di Selangor UMNO juga akan berhadapan dengan masalah.

Jadi tidak bermaknalah pilihanraya itu dibuat malah akan timbul pelbagai isu sampingan yang lain. Oleh yang demikian, langkah terbaik bagi UMNO ialah memilih Muhyiddin sebagai regu Najib dan secara lagi akan menyaksikan kemunculan semula regu 2M.

Muhyiddin adalah ahli parlimen, kalau beliau menang jawatan Timbalan Presiden, Muhyiddin terus boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tugas regu 2M selepas ini menyusun dan memperkukuhkan semula UMNO. Oleh yang demikian, teori Pak Lah untuk meletakkan Ali Rustam sebagai calon utama harus ditolak oleh seluruh ahli UMNO. Ahli UMNO harus bertindak matang. Ini bukan soal ingin menjaga hati, pangkat dan kedudukan. Inilah masa yang paling tepat untuk berubah atau apa yang dikatakan oleh Pak Lah "reform".

Kita juga harus melihat pandangan yang diberikan oleh Tun Mahathir secara positif berhubung pemilihan pemimpin UMNO. Ahli UMNO harus memilih mereka yang berkewibawaan bukannya sebagai tukang kipas dan tukang Ya sahaja.

Apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir pemimpin sebeginilah harus ditolak dan kebetulan mereka ini adalah penyokong kuat Pak Lah dan menantunya Khairy Jamaluddin.Sebelum ini sememangnya mereka yang bersama-sama Pak Lah hanya menjadi "tukang ya" dan tukang membela Pak Lah walau pun ada ketikanya Pak Lah harus ditegur.

Oleh yang demikian biarlah Ali Rustam terus mentadbir Melaka kerana negeri berkenaan masih diperlukan beliau untuk memberi suntikan pembangunan. Sementara Muhammad Taib perlulah di rehatkan. Masa kecederaan yang diberikan oleh Pak Lah kepadanya dalam pilihanraya yang lalu untuk menggilapkan UMNO dan dirinya terbukti beliau gagal. Sementara itu perwakilan juga tidak harus lupa beberapa "Sejarah hitam" Muhammad Taib perlu dijadikan sandaran untuk ahli UMNO merehatkan beliau daripda UMNO jika tidak ianya akan terus menjadi bahaman pihak pembangkang.

Dalam kepimpinan Pergerakan Pemuda, perwakilan UMNO harus terus memberi fokus kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir agar beliau tampil menerajui pergerakan itu yang memerlukan ketokohan seumpama beliau untuk berganding dengan Regu 2M.

Dalam pergerakan Wanita kita dapat andaikan ada usaha untuk menjatuhkan Tan Sri Rafidah Aziz menerusi percaturan pencalonan apabila dilihat ada bahagian yang cuba menonjolkan Shahrizat.

Akhirnya Sharizat selaku Penasihat Perdana Menteri terpaksa akur dan terperangkap dengan konspirasi yang disusun untuk menjatuhkan Rasifah . Beliau akhirnya bertindak untuk mencabar bosnya yang selama ini memberi kepercayaan yang jitu.

Langkah menyusun Sharizat melawan Rafidah adalah tidak lain tidak bukan sebagai langkah membalas dendam kepada Rafidah yang lantang menyuarakan pandangan terhadap kepimpinan Pak Lah.

Sharizat yang selama ini akur kepada peralihan kuasa yang di ketengahkan oleh Rafidah dan digazetkan dalam mesyuarat exco Wanita UMNO akhirnya terpaksa akur kepada desakan ini dengan tampil mencabar Rafidah pada pemilihan akan datang.

Oleh itu tidak salahnya Rafidah membatalkan peralihan kuasa yang dirancang kerana Sharizat sudah memungkiri janjinya demi memuaskan nafsu pihak tertentu untuk membalas dendam pada Rafidah.

Biar apa pun isu di kompangkan terhadap Rafidah, beliau pastinya sudah telah lama masak dengan situasi berkenaan dengan penuh keyakinan dan tabah akan memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Bagi Rafidah jika ditakdirkan kalah beliau tidak rugi apa-apa tetapi bagi Sharizat jika beliau tewas bermakna beliau sendiri yang menggali kubur untuk mengkafan dan menyemadikan jenazah politiknya sendiri.

DEBAT CADANGAN KHAIRY DAN KHIR TAK BERFAEDAH

DEBAT CADANGAN KHAIRY DAN KHIR TAK BERFAEDAH

Cadangan dua calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo untuk membuka gelanggang bagi diadakan perdebatan ala pemilihan presiden Amerika Syarikat adalah sia-sia dan tidak berfaedah. Sebelum ini debat yang diadakan tidak menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional malah debat berkenaan membawa masalah kepada UMNO dan BN. Isu yang dimainkan dalam perdebatan berkenaan telah dijadikan modal oleh pihak pembangkang. Lihatlah perdebatan antara Menteri Penerangan dengan Ketua Pembangkang dan Debat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang tiada faedah langsung untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Malah banyak isu yang "backfire" parti. Oleh itu debat seumpama itu tidak wajar diadakan lagi memandangkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional masih belum stabil. Saya tidak nampak apakah faedah debat seumpama itu diadakan. Saya amat bersetuju dengan ahli Parlimen Jerlun yang juga calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahawa pemilihan berkenaan adalah masalah dalaman parti UMNO oleh itu amat tidak wajar debat seumpama itu diadakan. Ahli Pergerakan Pemuda UMNO telah begitu matang dalam mengharungi pemilihan kepemimpinan mereka. Berdasarkan pencalonan yang dibuat maka sudah pasti mereka telah matang. Kita harus ingat keputusan pencalonan yang dibuat oleh bahagian-bahagian adalah mandat dari akar umbi. Maka amat wajar perwakilan bahagian menterjemahkannnya melalui undi semasa pemilihan pucuk pimpinan. Mana-mana perwakilan yang engkar dengan mandat yang diberikan wajar bertanggungjawab di atas ketidak jujuran dan bersikap pecah amanah. Ingatlah antara sifat munafik, apabila berjanji mereka mungkir apabila diberi amanah mereka pecah amanah. Oleh yang demikian saranan Khairy Jamaluddin bahawa perdebatan itu membolehkan ahli menilai kepimpinan seseorang adalah sesuatu yang tidak logik. Nampak sangat Khairy dan Khir, begitu kemaruk dengan jawatan ketua pergerakan pemuda sehingga mahu mengubah struktur pencalonan untuk diterjemahkan dalam pemilihan akan datang sehingga mahu perdebatan dibuat. Belum ada dalam sejarah UMNO perkara seumpama itu dibuat semata-mata untuk menilai kepimpinan seseorang. Ahli perwakilan telah begitu matang untuk menilai kepimpinan ketiga-tiga calon. Khir yang gagal dalam mempertahankan kerajaan negeri Selangor sudah dapat dinilai keberkesanan beliau sebagai pemimpin. Sementara Khairy yang menyertai kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO menerusi "tingkap" serta menumpang nama bapak mertuanya yang juga Perdana Menteri dan Presiden UMNO UMNo sudah diketahui umum belangnya dalam UMNO. Kalau ditinjau pendapat ahli UMNO tentang faktor kemerosotan UMNO dan BN dalam pilihanraya rata-rata orang akan menunjuk jari kepada Khairy. Tidak perlu dihuraikan apakah bentuk campur tangan itu kerana umum mengetahuinya. Lantas itu adalah tidak wajar untuk mana-mana agensi kerajaan terutama RTM menghabiskan wang rakyat untuk menayangkan debat berkenaan. Adalah wajar wang untuk tujuan berkenaan disalurkan kepada insan yang memerlukannya. RTM dan agensi kerajaan tidak wajar terperangkap dengan permainan Khairy untuk mendapat publisiti melalui retoriknya. Sudah cukup rakyat dan ahli UMNO terperangkap dengan retoriknya yang diwar-warkan sebelum ini. Datuk Seri Najib selaku Timbalan Presiden UMNO yang akan mengambil teraju kepimpinan wajar bertindak pantas untuk mengarah pihak berkenaan berhenti daripada bercakap soal debat yang akan dibuat. Selaku orang yang bertanggungjawab dalam UMNO pada masa akan datang Najib tidak wajar turut terperangkap dengan "game" yang dimainkan oleh Khairy. Khairy yang masih dalam keadaan "trauma tsunami politik" kerana dipintas laju oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir tentu sedang tercari-cari formula untuk memenangi jawatan berkenaan. Oleh itu tidak ada mana-mana pihak wajar untuk melayan "trauma tsunami politik " yang sedang dihadapi Khairy

TRAGEDI DI MANA KEINSAFAN KITA?

TRAGEDI DI MANA KEINSAFAN KITA?

Tragedi yang menimpa penduduk di Bukita Antarabangsa mengimbau kembali kenangan saya terhadap tragedi Highland Towers. Saya adalah diantara kumpulan wartawan yang tiba awal apabila tragedi Highland Towers yang berlaku 11 Disember 1993. Tragedi ini yang mengejutkan seluruh Negara memandangkan kejadian seumpama itu julung kali berlaku dalam sejarah negara sejak merdeka.

Apabila tiba bersama rakan-rakan wartawan masing-masing dalam keadaan terpinga-pinga melihat tragedi yang menyayat hati. Pasukan penyelamat yang tiba memulakan usaha menyelamat. Rakan-rakan media mula bergegas mencari bahan untuk dilaporkan.

Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran saya ketika itu terutama bagaimana keadaan mangsa yang terperangkap, bagaimana usaha menyelamat akan dapat dilakukan melihat situasi yang menyulitkan dan yang amat bersar di pemikiran saya bagaimana bukit seumpama ini boleh digondol dan dibangunakan.

Seminggu bertugas membuat liputan dikawasan tragedi dan seminggu di hospital Kuala Lumpur iaitu di unit forengsik termasuk terpaksa bermalam dikawasan berkenaan. Bau mayat sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu semata-mata untuk mengejar dan skop berita.

Disamping bertugas di kedua-dua kawasan, terpaksa pula membuat follow up terhadap beberapa agensi yang bertanggungjawab terhadap tragedy berkenaan.

Maka teringat saya kepada satu keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan Pusat dan negeri bahawa segala bentuk pembangunan dikawasan bukit dan lereng bukit diharamkan atau diberhentikan serta merta.

Pelbagai pihak menyokong langkah pihak kerajaan berkenaan. Sementara beberapa agensi yang terbabit telah mengemukakan hasil kajian mereka bahawa kawasan bukit antrabangsa itu tidak selamat untuk dibangunkan lagi.

Pada ketika itu pada ingatan saya pihak berkuasa tempatan dan semua pihak yang terbabit akan mengambil iktibar diatas apa yang berlaku dan mengambil peringatan diatas keputusan yang dibuat serta mengambil langkah berjaga-jaga ditas laporan yang dibuat terhadap kedudukan Bukit Antarabangsa yang tafsir sebagai berada dalam keadaan kurang selamat.

Namun setelah meninggalkan dunia kewartawanan dan berhijrah keluar dari Kuala Lumpur khususnya Bukit Antarabangsa yang tidak jauh dari kediaman saya dan apabila datang sekali sekala ke Kuala Lumpur saya amat terkejut melihat pembangunan terus dicernakan di Bukit Antarabangsa.

Begitulah terjadi apabila agensi kerajaan langsung tidak mengendahkan dan mengambil kira keputusan yang telah dibuat. Mungkin kerana ketamakan untuk mengaut hasil cukai dan sebagainya maka segala bentuk keputusan yang dibuat terdahulu tidak diendahkan.

Malah tragedi yang telah berlaku pada ketika itu yang meragut nyawa 48 orang yang terkorban apabila sebuah daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, terletak 1.5km dari tempat kejadian tanah runtuh pada Sabtu, runtuh pada 11 Dis, 1993 langsung tidak dipedulikan dan diambil pengajaran.

Lantas itu amat tepatlah jika dikatakan bahawa trageni yang berlaku baru-baru ini merupakan kesilapan manusia dan bukan kesilapan alam. Yang Maha Kuasa dan Alam telah memberi peringatan awal namun kita langsung tidak mengendahkannya.

Sudah tentu yang menderita kini adalah 14 keluarga yang terbabit dalam runtuhan banglo berkenaan. Mungkin kita Nampak itu merupakan banglo mewah. Namun bagi saya mungkin itu sahaja harta yang mereka ada dan berkemungkinan sebahagiannya masih lagi menjadi milik bank.

Bagitu juga dengan nasib lebih 5,000 penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa yang diarah pindah kerana struktur tanah dikawasan berkenaan di tafsirkan tidak selamat. Walaupun mereka diarah berpindah buat sementara waktu sehingga satu keputusan dikeluarkan berhubung status kediaman dan Bukit Antarabangsa meletakkan mereka dalam keadaan gundah gulana.

Mungkin itulah satu-satunya kediaman yang mereka ada. Itulah harta yang mereka miliki. Berbalik kepada tragedi Highland Towers mereka pasti mengambil pengajaran daripadanya. Bagaimana penghuni terbabit terpaksa menanggung penderitaan terpaksa menanggung hutang dan pihak bank sentiasa mendesak untuk mendapat semula pinjaman berkenaan.

Meletak kesilapan ditangan pemilik kerana tidak tepat dan bijak membuat pilihan adalah sesuatu yang kurang bijak. Pemilik yang tidak mempunyai ilmu seumpama itu hanya percaya kepada tawaran dan janji yang ditawarkan oleh pemaju. Lihatlah berapa ramai yang tertipu dengan janji palsu dibuat oleh pemaju sehingga rumah merek aterbengkalai begitu sahaja..

Saya yakin selepa ini ramai yang tidak nyeyak tidur memikirkan permasalahan ini. Pada hemat saya, selepas ini ada pihak yang cuba mencuci tangan dengan mengistiharkan syarikat mereka muflis atau menutup perniagaan bagi mengelak daripada bertanggungjawab terhadap tragedi ini.

Tragedi Highland Towers sudah cukup memberi pengajaran dan keinsafan kepada saya. Sebab itulah apabila melihat pembangunan terus dibuat di kawasan tinggi, bukit bukau terus diperkosa dan dicabul kerana ingin mengaut kekayaan saya tertanya-tanay dimana keinsafan kita terhadap tragedi dan peringatan yang diberikan oleh Yang Maha Berkuasa.

Bersimpati kepada mereka yang terkorban dan mangsa runtuhan banglo dan mereka yang terpaksa berpindah maka saya sarankan agar pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab mengambil langkah segera bagi melindungi kepentingan mereka yang terbabit agar masalah mangsa Tragedi Highland Towers yang terpaksa menanggung kos hutang dan naik turun mahkamah tidak berulang kepada mereka.

ALFATIHAH BUAT MEREKA YANG TERKORBAN SEMOGA DICUCURI RAHMAT DAN DIMASUK DALAM SYURGA BERSAMA ORANG YANG BERAMAL SOLEH.

RENUNGLAH AMANAT TUN TAN SIEW SIN DAN TUN SAMBANTHAN

Marilah kita renung bersama amanat Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan. Semoga kita dapat muhasabah diri kita siapa kita? Dari mana kita dan kemana kita? Sejarah tidak pernah membohongi sesiapa. Sejarah adalah fakta sejarah adalah bukti. Sesuatu bangsa itu akan binasa sekiranya tidak mempelajari dan mengambil pengajaran dari sejarah:-

Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi, "Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".


Tun Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.'' Tun Sambanthan

Salam Permulaan

Selamat datang ke blog mahadzirms.blogspot.com.

Semoga anda, pembaca mendapat manfaat dan pengetahuan bersama.