Isnin, 20 April 2009

TUN MAHATHIR WAJAR TERAJUI UMNO KEDAH

Ramai bertanya siapakah yang layak untuk menerajui UMNO Kedah? Jawapan yang paling tepat pada saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa ahli akademik yan ditemui bersetuju bahawa Tun Dr Mahathir orang paling layak dan wajar untuk menerajui UMNO Kedah dan memulihkan UMNO dan BN negeri itu. UMNO dan BN perlu tokoh seumpama beliau untuk mengembalikan maruah dan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN. Orang Kedah masih sayang dan menghormati Tun Mahathir.

Mereka yang sedia ada diperingkat bahagian di Kedah kebanyakan mempunyai "masalah" tersendiri yang menyukarkan mereka untuk mengilap semula UMNO dan BN Kedah.

Setelah hampir 14 bulan Barisan Nasional tewas di Kedah tiada ternampak pertanda usaha-usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti yang amat berjaya kepada rakyat negeri ini dan negara Malaysia.

Biar pun Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi orang ramai melalui retoriknya dan pembohongannya atau lebih tepat "gaya tradisinya" tidak dapat dinafikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional satu-satunya parti dan kerajaan yang berjaya membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

Oleh yang demikian seharusnya sebaik sahaja tewas dalam pilihanray ayang lalu, BN dan UMNO Kedah harus bangkit dan menyusun strategi serta melakukan gerak kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Antara usaha yang boleh dilakukan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh menarik perhatian rakyat termasuk memperjelaskan isu-isu yang diputarbelitkan oleh pihak pembangkang.

Namun kerana faktor tertentu atau kepentingan peribadi mungkin atau faktor peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid, maka UMNO Kedah terus menjadi "mandom".

Kini, dibawah kepemimpinan yang berwawasan dan berpengalaman Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak harus melakukan sesuatu terhadap peneraju-peneraju khususya dinegeri-negeri yang dikuasai pembangkang termasuk di Kedah dengan meletakan tokoh yang berwibawa dan tiada kepenting tetapi mempunyai wawasan yang jelas terhadap perjuangan parti.

Bagi negeri Kedah, tiada tokoh yang paling layak untuk menerajui UMNO Kedah iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya amat yakin jika diberi kepercayaan meneraju Kedah, Tun mampu membawa balik keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.

Jika Tun menerajui UMNO Kedah sudah pasti TUN juga akan menerajui Barisan Nasional Kedah.

Sudah tentu TUN yang mempunya banyak pengalaman dan pengaruh dinegeri kelahirannya mampu berbuat sesuatu yang menyakinkan rakyat.

Umum mengetahui Tun tiada apa-apa kepentingan lagi. Beliau telah mencapai hiraki yang tertinggi dalam hidupnya.

Tentu dengan gaya kepemimpinan dan wawasannya yang jauh serta gaya pemikirannya yang tajam lagi bernas Tun mampu mengembalikan kepercayaan rakyat serta mengembalikan Kedah kepangkuan UMNO dan BN.

Bagi pihak ahli UMNO dan rakyat negeri Kedah saya amat berharap TUN akan sudi menerajui UMNO Kedah dan say ayakin Tun tidak lokek untuk membuat pengorbanan untuk parti yang amat disayanginya.

Kekalahan UMNO dan BN di Kedah kerana faktor "kepimpinan" sama ada di Peringkat Pusat atau negeri. Selain daripada itu faktor calon juga memainkan peranan yang amat penting. Tindakan pihak tertentu dalam UMNO "menghentam" Tun sebelum dan semasa pilihanya menjadi faktor penentu kekalahan BN dan UMNO.Campurtangan "budak tingkat 4" dalam urusan parti, kerajaan, ekonomi dan pemilihan calon turut menyumbang kepada kekalahan BN.

Kini kepeimpinan peringkat pusat telah berubah. Datuk Seri Najib yang penuh pengalaman, kewibawaan dan berpengaruh dan bersikap positif pasti mampu mengembalikan keyakinan rakyat.

"Budak tingkat 4" kini tiada lagi ditingkat empat. Dia sudah tidak berbisa lagi. Malah kini menjadi "kupang tembaga" dan akan "mati beku" dalam jawatan yang disandangnya buat seketika ini.

Kita yakin keyakinan rakyat akan kembali kepada BN selepas ini selepas berlaku peralihan kepemimpinan dalam UMNO. Rakyat pasti akan sedar akan pembohongan Si Penipu 16 September yang selama ini dibuat oleh Anwar Ibrahim. Anwar boleh tipu rakyat Malaysia tetapi ingat Anwar tidak boleh menipu Allah Yang Maha Esa. Anwar boleh beretorik tetapi tidak selamanya!