Sabtu, 21 Januari 2012

KES LIWAT DSAI, RAYUAN PENDAKWARAYA : KEADILAN UNTUK SEMUA

Selepas memdengar keputusan Penghakiman pada 9 Januari saya sedang minum di sebuah restoran. Apabila mendengar keputusan ada yang tersenyum, ada berkerut dahi dan ada yang berdoa. Saya terus menyataka kepada teman-teman saya bahawa menjadi kewajipan Pendakwaraya merayu kes ini. Jika tidak sistem keadilan negara akan kacaubilau dan terancam kerana teknikal problem digunakan sebagai alasan untuk membebas dan melepaskan Anwar. Pada ketika itu say amemberi gambaran kepada mereka jika kes ini tdak dirayu ianya akan menjadi rujukan kes dan paling teriniagya mangsa liwat, rogol, bunuh dan lain-lai kes yang memerlukan DNA sebagai pembuktian kes. Keputusan Pendakwaraya mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu keputusan yang amat tepat. Ianya memenuhi kehendak dan urutan keadilan sejagat untuk kepentingan semua pihak. Seandainya pihak Peguam Negara tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kes liwat ini sesuatu malapetaka akan menimpa sistem pendakwaan negara dan mangsa-mangsa liwat dan rogol serta kes bunuh dan lain-lain kes yang merlukan DNA sebagai kes pembuktian pada masa akan datang. Apa tidaknya, dalam penghakimannya Yang Arif Hakim membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan teknikal problem iaitu keraguan kesesalamat terhadap DNA kes Saiful yang disimpan. Andai pihak pendakwaraya tidak membuat rayuan, sudah pasti kes ini akan menjadi rujukan dalam mana-mana kes liwat, rogol, bunuh dan lain-lain kes yang memerlukan sampel DNA sebagai pembuktian kes. Jika ini berlaku yang teriniaya ialah mangsa-mangsa rogol dan liwat sert abunuh yang lalu atau yang akan datang yang mungkin membabitkan generasi akan datang dan berkemungkin terhadap kaum keluarga penyokong DSAI sendiri (mohon perlindungan Allah) Pihak pembelann pasti akan menjadikan kes ini bahan rujukan dengan mempertikaikan kesahihan keselamatan DNA yang diambil. Secara langsung mangsa rogol, bunuh dan liwat serta kaum keluarga yang akan ditimpa malang kerana yang bersalah gagal disabit kesalahan kerana teknilak problem. Kaum kerabat dan penyokong DSAI jangan terlalu ghairah mengatakan keputusan pihak peguam negara ini tidak adil dan konspirasi lagi. Kes ini bukan sekadar untuk Saiful dan ANwar malah rakyat Melaysia keseluruhannya berkepentingan. DSAI telah diberi peluang yang paling luas dalam dunia perbicaraan mahkamah Malaysia. Lebih 65 kali kesnya ditangguhkan. Kali ini giliran Saiful pula menggunakan segala saluran untuk menegakkan keadilan bagi dirinya. Oleh itu tidak layak mana-mana pihak untuk menghalang proses mahkamah berjalan bagi menegak keadilan. Saya yakin Saiful tidak seperti DSAI, beliau sesekali tidak akan mendesak pihak mahkamah mempercepatkan kes rayuan ini kerana baginya menegakkan keadilan menerusi proses mahkamah. Semua pihak juga bersetuju andai DSAI dijatuhi hukuman bersalah pada 9 Januari lalu beliau juga akan membuat proses rayuan di mahkamah rayuan dan mahkamah Persekutuan. Peluang terakhir lagi ialah memohon pengampunan daripada Yang di Pertuan Agong. Tetapi bagi Saiful, pendakwa raya hanya mempunyai dua peluang iaitu mahkamah rayuan dan mahkamah Persekutuan. Saya teramat yakin seperti lazimnya DSAI akan mendahului apa jua keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah. Pastinya Anwar sekali lagi akan menjaja dirinya akan di Penjara. Sebelum keputusan ( Januari 2011, Anwar menjaja keseluruh dunia dia akan dihumpan ke penjara dia mendakwa ini adalah konspirasi kerasaan BN dan UMNO. Namun keputusan mahkamah tinggi membebas dan meleaspan Anwar. Karpal Singh yang terkejut dengan keputusan mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar nampaknya agak terkilan apabila Anwar memberitahu dunia pembebasannya kerana kerana gentar dengan tekanan negara-negara luar. Lantas itu Karpal Singh nampak seolah-oleh terkilan dengan apa yang diluah oleh Anwar tanpa memberi sebarang kredit kepada peguam utamanya. Apakah Karpal akan terus mewakili DSAI? Yang timbul persoalan kepada saya ialah berapa kos peguam DSAI pada kali ini. Keduanya selepas Anwar dibebaskan media pro Anwar mendakwa ianya hasil doa penyokong Anwar dan kali ini hasil doa siapa pula.

Selasa, 17 Januari 2012

SAHAM ANWARISME MENJUNAM - PEMEGANG SAHAM PKR, DAP DAN PAS HARU BIRU

Manusia Prtama di dunia yang mendedah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah homoseksual dan kaki liwat adalah PAS menerusi ayam sabungnya ketika itu Mat Sabu yang sekarang ini Timbalan Presiden PAS. Semasa Anwar berada dalam kerajaan barisan Nasional dan UMNO sehingga jawatan tertinggi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Mat Sabu tidak pernah penat menjaja seluruh pelusuk bumi Malaysia Anwar homoseksual dan peliwat. Beberapa gelaran diberi oleh Mat Sabu kepada Anwar antaranya "Al-Juburi, Taukey Kilang Kunyit.

Malah sehingga kini walaupun pernah dicabar supaya menarik balik dakwaannya kepada Anwar Mat Sabu langsung tidak pernah berbuat demikian. Malah dia langsung tidak menafi apa yang dinyatakan dahulu. Biar pun ramai yang mendesak Mat Sabu menyatakan Ya atau tidak Mat Sabu juga tidak berani berbuat demikian. Juga diminta Mat Sabu menyatakan ianya benar atau fitnah Mat Sabu juga tidak berbuat demikian. Cuma belum ada yang cabar Mat Sabu untuk bersumpah. Jika dicabarpun saya yakin Mat Sabu tidak akan berbuat demikian.

Mungkin Mat Sabu tidak berani berbuat demikian kerana dia juga pernah ditangkap khalwat dengan pasangannya Norma di salah sebuah hotel di Kelantan. Selepas ditangkap Mat sabu juga buat road show dakwa ini adalah konspirasi UMNO. Namun selepas didapati tidak bersalah oleh mahkamah syarih, dalam diam-diam Mat Sabu mengahwini pasangnnya yang pernah ditangkap khalwat dan kini menjadi isteri keduanya.
Puak Anwar dalam PAS pasti mempunyai butiran lanjut mengenai kes ini khusnya Menteri Besar kelantan Nik Aziz Nik Mat Sebab itulah selepas pilihanraya 2004 Mat Sabu dialih ke kawasan lain diluar Kelantan untuk bertanding dalam pilihanraya umum.

Apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Anwar didapati tidak bersalah dan dibebas dan dilepas antara aksi yang merarik perhatian saya ialah Pengerusi DAP Karpal Singh selaku peguam utama Anwar. Kata Karpal ianya suatu yang mengejutkan!.

Apa yang timbul dalam pemikiran saya kenapa seorang penguam utama lagi "veteran" terkejut dengan keputusan itu. Apakah berlandaskan fail pengakuan mangsa liwat yang ada ditangan Karpal dan pernah ditunjuk dalam Parlimen ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri atau maklumat-maklumat terbaru yang diperlohi oleh Karpal. Mungkin juga sebagai orang veteran Karpal sudah dapat mengagak "terkilas ikan diair sudah tahu jantan betina" atau terpandang "kelapa diatas pkok sudah tahu yang tua dan muda".

Saya yang pernah berusan kes sivil dengan Karpal mengakui kehebatannya dalam dunia guaman. Apabila melihat senario kes Karpal sudah beritahu Kes ini boleh menang dan sememangnya apabila diakhir perbicaraan anakguamnya menang kes ini.

Sebelum mahkamah membuat keputusan sepertimana biasa, Anwar akan mendahului apa jua senario. Dia mengelilingi negara dan dunia memberitahu perbicaraannya tidak adil dan dia akan dipenjarakan sedangkan sesi perbicaraan ditangguhkan lebih 60 kali atas kehendak pasukan guamannya. Anwar membakar perasaan rakyat khususnya anak muda yang langsung tidak mengenalinya secara peribadi. Saya mengakui anak muda yang menyokongnya pada 9 Januari, ketika Anwar di pecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan berhadapan kes liwat yang pertamanya mereka masih lagi mentah ada yang berusia bawah 10 tahun ketika itu.

Dalam ceramahnya pelbagai pembohongan dibuat bagi mengusik perasaan anak muda. Inilah cara Anwar menarik sokongan sejak beliau berada Universiti Malaya, Abim dan UMNO serta di dalam PKR. Kes yang Anwar alami adalah kes peribadi tetapi sudahlah diserat seluruh ahli keluarganya, diseret warga PKR dn rakyat juga mahu diherat bersama-sama membela kes liwatnya termasuk golongan mahasiswa di IPTA yang pada ketika itu sedang berhadapan dengan peperiksaan. Kempen tinggalkan kampus tinggalkan rumah mari berjuang bebaskan Malaysia dilaungkan untuk menarik seberapa banyak sokongan anak muda bersama Anwar pada 9 januari

Anwar dan kuncu-kuncunya tahu sebelum Pilihanraya UMUM ke 13 inilah peluang terakhir mereka membakar perasaan rakyat menerusi hukuman penjara. Jika mereka terlepas peluang ini mka sudah pastilah impian mereka untuk menawan Putrajaya hanya tinggal omong-omong sahaja, Maka beberapa kenyataan "panas" dikeluarkan oleh pemimpin mereka terutamanya Azmin Ali. Mereka berharap keputusan mahkamah memenjarakan dan menyebat Anwar dengan itu mereka boleh menjaja seluruh dunia Anwar dizalimi. Sudah pasti kesan "balor" rotan akan ditunjuk kepada umum bagi meraih sokongan menerusi peti undi.

Namun mahkamah membuat keputusan sebaliknya. Mahkamah menggunakan masalah teknikal bagi membebaskan dan melepaskan Anwar.

Suasana pada 9 Januari sehinggi kini menjadi dingin. Pembangkang hilang arah. Road Show yang dibuat tidak mendapat sambutan. Di Kedah mereka mengharap 100ribu hari pada konvensyen dan ceramah pembangkang tapi yang hadir hanya beberapa kerat.

Kini rakyat khususnya mereka yang hadir pada sesi road show Anwar telah dapat menilai betapa si Anwar ini kaki pembohong lagi temberang. Kini keputusan mahkamah membuatkan saham Anwarisme telah menjunam. PAS antara parti yang mengalami kerugian besar apabila isu liwat Anwar ini telah memecah belahkan parti itu apabila pucuk pimpinan parti itu menyebelahi Anwar. Akhirnya tkoh Datuk Dr Hassan Ali yang selama ini banyak membantu PAS di pecat daripada PAS kerana mengkritik pucuk pimpinan kerana bersekongkol dengan kes liwat Anwar.

Sementara DAP gigit kuku kerana DAP mengharapkan Anwar dipenjara secara langsung parti itu mendapat kredit sokongan undi. Mungkin juga DAP mengharap Anwar di penjara agar DAP dapat mendominasikan pula puak-puak pembangkang. Ini kerana senario di Selangor biar PKR menjadi MB namun dominasi oleh DAP.

Sebab itulah semasa berucap menyampaikan ucapan dalam konvensyen pembangkang di Kedah, Presiden PAS Haji Hadi Awang memberitahu bukan mudah untuk pembangkang menawan Putrajaya. Hadi sedar kerugian yang dialami oleh PAS dalam isu liwat Anwar. Tetapi apa daya Hadi, beliau mungkin keseorangan kerana orang-orangnya telah diterajang keluar daripada PAS selepas pemilihan PAS dan kerusi utama PAS diduki oleh orang-orang Anwar.

Semasa menyertai UMNO, Anwar "yong" orang-orangnya masuk kedalam UMNO dengan harapan untuk mengabimkan UMNO atau lebih sedap mengAnwarismekan UMNO. Seperjalannya nampak berjaya tetapi apabila kelibat kejahatan dan kemunafikannya terserlah usahanya gagal selepas dipecat daripada jawatan Timbalan perdana Menteri, Timbalan presiden UMNO.

Namun selepas dihumban ke penjara oleh mahkamah, Wan Azizah telah menubuh PKR, namun ramai orang kuat Anwar tidak menyertai PKR sebaliknya menyertai PAS. Anwar mula menyusun strategi selepas dia keluar daripada penjara nanti dia dapat menguasai PKR, dan PAS sekali gus kerana orang-orangnya sudah berada di persada kepimpinan PAS sementara DAP sudah diyakini akan bersamanya kerana DAP juga ingin menikmati hasilnya.

Kini selepas keputusan mahkamah 9 Januari rakyat yang dibohongi kononnya institusi kehakiman tidak adil terbuka mata melihat keputusan itu. Anwar selama ini membohongi mereka sudah da konspirasi politik dengan badan kehakinan untuk memenjaranya dan menyebatnya teramat tidak benar.

Keputusan mahkamah 9 Januari 2012 menyebabkan saham anwarisme menjunam dan pemegang sahamnya PKR, PAS dan DAP menjadi haru biru. Yang lebih parah adalah PAS yang berhadapan dengan krisis dalaman berhubung isu liwat Anwar.

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran