Rabu, 13 Jun 2012

PRU13 :SIAPA MENTERI BESAR KEDAH? MUKHRIZ, SHAHLAN ATAU BASHAH ?


DATUK MUKHRIZ

DATUK SHAHLAN



Siapa calon MB Kedah selepas PRU13 andai Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Kedah?. Biarpun Isu ini dikatakan sensitif untuk diperkatakan, namun ianya harus diselesaikan sebelum menjelang pembubaran Parlimen.

Barisan Nasional harus mengambil pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan oleh Tun Abdullah iaitu tidak menyelesaikan soal Menteri Besar sebelum PRU12 termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang.

Antara penyumbang kekalahan BN di Pulau Pinang ialah isu perlantikan Ketua Menteri yang tidak diselesaikan sehingga hari terakhir berkempen. Pak Lah masih berteka-teki iau ini akhirnya orang Cina Pulau Pinang hilang keyakinan kerana bimbang bila BN menang jawatan Ketua Menteri akan jatuh ketangan UMNO.
DATUK BASHAH

Di Kedah Beberapa nama kini menjadi sebutan sebagai Menteri Besar. Antaranya Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Nama Mukhriz sentiasa meniti dibibir rakyat negeri Kedah samada daripada kalangan BN dan pembangkang.

Daripada perwatakan, Mukhriz mempu menambat hati pelbagai lapisan masyarakat di negeri Kedah. Kreabilitinya sebagai anak Tun Mahathir menyinarkankan lagi namanya dimata rakyat Kedah.  

Daripada perancangan Mukhris mungkin akan bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kedah. Beliau dikatakan di bertanding di Parlimen Langkawi dan dan Dun Siputih.

Sementara itu antara yang disebut-sebut adalah Dato Shahlan Ismail Setiusaha Politik Perdana Menteri. Kemungkinan beliau juga akan bertanding di kawasan DUN di Parlimen Pokok Sena.

Dato Shahlan yang mempunyai pendidikan dan kelulusan agama antara tokoh yang layak ditonjolkan sebagai Menteri Besar Kedah. Pengalaman luas dan perkhidmatan beliau yang begitu lama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan beliau berada dalam kedudukan layak kerana beliau menyelami hasrat perjuangan Perdana Menteri. Dalam memperkukuhkan kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO ianya merupakan satu langkah strategik.

Seorang calon lagi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bashah Md Hanipah. Kalayakan Bashah juga tidak harus dipertikai kerana beliau adalah orang lama dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Apa yang menjadi bualan di Kedah ialah dari segi kelulusan yang beliau miliki dan beliau juga dikatakan orang lama. Kata mereka Bashah bertindak cara lama sedangkan masa telah berubah perlu juga pemikiran dan tindakan yang baru.
Orang Kedah berpandangan satu pembaruan kepimpinan harus ditonjolkan oleh UMNO dan BN andai parti itu ingin kembali memerintah.

Sebagai langkah mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada UMNO dan BN ialah menonjolkan barisan kepimpinan yang benar-benar diyakini rakyat.

Penampilan semula “wakil rakyat kalah” dalam PRU13 harus dielakan. Inilah strategi digunakan dalam PRU ke 11 di Kelantan dimana penampilan semula “wakil rakyat kalah” dielakan dan akhirnya UMNO menang dengan majority besar pada 2004.

Teori projeksi di Kelantan yang dibuat pada 1999 harus digunakan dalam menawan semula Kedah dan tiga negeri yang lain.

Kini isu campur tangan tingkat 4 yang dikatakan faktor terbesar iaitu 70% kekalahan UMNO dan BN dalam PRU13 tiada lagi.   Tun Mahathir dan tokoh-tokoh besar UMNO kini kembali menyokong UMNO. Senjata utama UMNO jangan bertelagah dan jangan chah keting dalam PRU13.

Isnin, 4 Jun 2012


SKANDAL PERCINTAAN PASANGAN 
ADUN PAS KEDAH MELETUP!!!!!!!!!!!




Selepas dilanda krisis kepimpinan kerajaan PAS kedah kini dilanda krisis skandal percintaan yang membabitkan dua ADUN PAS.

Skandal Percintaan dua ADUN kedah yang sebelum menjadi gossip-gossip  kini telah meletup!!!
Isu ini pada mulanya mahu di tutup kini tidak boleh lagi disembunyikan lagi.
  

Menurut sumber rapat dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, isu ini telah dihidu oleh Menteri Besar Kedah Beliau telah pun berjumpa dengan kedua-dua ADUN berkenaan sebelum mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Azizan terpaksa bersemuka dengan kedua-dua pasangan ini bagi menjaga nama baik kepimpinanya dan PAS disamping mengelak isu ini “meletup” dan menjadi isu besar dalam PRU13.

Kata sumber ini, dalam pertemuan itu, kedua-dua pasangan ini telah mengaku dihadapan Azizan mereka mempunyai skandal hubungan sulit percintaan seperti yang didakwa.

Dalam pertemuan itu Azizan telah memberi kata dua dan nasihat agar pasangan ini bernikah agar ianya tidak menjadi isu besar dan memberi kesan kepada PAS menjelang PRU13.

Azizan disifatkan berada dalam keadaan serba salah kerana kedua-duanya adalah orang kepercayaannya dan isu ini berkemungkinan akan memberi reputasi buruk terhadap kepimpinannya yang baru saja dilanda krisis kepimpinan tidak lama dahulu.

Sumber ini juga tidak menafikan kedua-dua pasangan ini merupakan Exco kerajaan ngeri Kedah.
Kata sumber itu lagi, ADUN wanita berkenaan yang menjadi balu sejak November 2010  sebelum ini digossip menjalinkan hubungan dengan bekas pemandunya.


Sementara itu menurut satu sumber lagi, seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN Kedah mempunyai bukti lengkap mengenai percintaan kedua-dua pasangan ini.

Beliau antara orang yang bertanggungjawab mendedahkan isu ini sehingga sampai kepengetahuan Menteri Besar dan media Alternatif.

ADUN Kedah berkenaan tanpa berselindung lagi  telah mendedahkan nama kedua-dua EXCO terbabit.


Menurut ADUN berkenaan pasangan yang dimaksudkan ialah Dato Dr Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan. 






Dan pasangannya Dato Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.









Sumber itu memberitahu, sekiranya pasangan ini bernikah maka salah seorang daripada mereka wajar meletak jawatan kerana tidak wajar pasangan suami isteri duduk semeja dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan. Dengan ini katanya kerusi Exco akan berlaku kekosongan dan ianya akan dipangku oleh Azizan.

Sebelum ini tersebar khabar angin mengatakan beberapa pihak mempunyai rakaman video aksi seorang ADUN Kedah dan dikatakan tersebar       dalam You Tube.