Ahad, 27 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS DATUK T:KEMANA ANWAR:PENJELASAN PKR "SENJATA MAKAN TUAN"

Tindakan terdesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan Facebook sebagai bukti alibi, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di hotel ketika rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang berlaku, bertukar menjadi 'senjata makan tuan'. Ini kerana PKR melalui Pengarah Strateginya, Mohd. Rafizi Ramli, mungkin tidak sedar terdapat perbezaan waktu antara laman sosial Facebook dengan Twitter sebelum 13 Mac lalu, akibat Waktu Musim Panas (DST) yang menyaksikan masa di Facebook sejam lebih awal berbanding Twitter. Ini kerana Facebook bergantung kepada server (pelayan Internet) di Amerika Syarikat yang mempunyai perbezaan waktu (cepat sejam) akibat DST tetapi server Twitter tidak bergantung kepada Amerika sebaliknya, ia mengikut waktu sebenar sesebuah negara pengguna. Perbezaan waktu tersebut hanya kembali sepadan di antara Twitter dan Facebook apabila Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu, menambah sebanyak sejam waktu di negara tersebut bagi menyelaras semula perbezaan waktu siang yang lebih panjang ketika musim bunga dan musim panas. Sebab itu, berlakunya perbezaan masa antara mesej Anwar di Twitter dengan Facebook untuk kandungan yang sama pada 21 Februari lalu, iaitu tarikh di mana rakaman video seks membabitkan seseorang yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah bilik hotel. Bagaimana mesej di kedua-dua laman sosial tersebut tetap mempunyai persamaan iaitu Anwar didapati 'hilang' lebih dua jam dari pukul 9.20 hingga 11.38 malam (Twitter) dan 8.20-10.40 malam (Facebook) tanpa sebarang penjelasan kukuh daripada Ketua Pembangkang itu sendiri. Sedangkan, dalam tempoh itulah aksi seks yang mengaitkan seorang pemimpin pembangkang dengan wanita China dirakamkan (10.20-10.41 malam) dan dengan mengambil kira fenomena DST (perlu tambah sejam), waktu sebenar 'kehilangan' Anwar di Facebook adalah dari pukul 9.20 hingga 11.40 malam. Menurut penulis blog Minda Intelek Melayu (MIM), Dr. Novandri Hasan Basri, akibat tindakan terdesak Mohd. Rafizi itu, semakin banyak rahsia ke mana Anwar 'menghilang' pada waktu aksi seks tersebut dirakamkan kini terbongkar sedikit demi sedikit. "Sungguh memalukan sebagai Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi cuba mengelirukan rakyat dengan jam di Facebook tetapi hakikatnya, jam di Twitter adalah waktu semasa iaitu waktu ketika mesej ditweet. Jika Anwar tweet pukul 9.20 malam, ia bermaksud pukul 9.20 malam. "Tetapi Mohd. Rafizi sendiri telah menyulitkan isu Anwar 'hilang'. Disebabkan kenyataan beliau mahu membuktikan kehadiran Anwar, MIM juga dapat tahu bahawa Anwar turut 'hilang' dalam Facebook lebih dua jam (8.20-10.40 malam)," katanya dalam blog http://novandri.blogspot.com. Menurut Mohd. Rafizi, berdasarkan waktu di Facebook itu (belum ditambah sejam) adalah mustahil 'aktor' yang melakukan hubungan seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak. Namun semalam, Anwar ketika diajukan soalan ke mana beliau 'menghilang' dalam tempoh lebih dua jam itu langsung tidak mahu menjawab sebaliknya mempersoalkan mengapa mereka yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut tidak ditahan oleh pihak berkuasa. Sedangkan sebelum ini, ketika menafikan dirinya ialah pemimpin pembangkang dimaksudkan, Anwar dengan tegas memberitahu, dia berada bersama keluarganya dan sedang mengemas kini laman sosial Twitter dan Facebook ketika aksi seks itu berlangsung

VIDEO SEKS DATUK T: APA MOTIF ASRI

APA MOTIF ASRI? Apa motif Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis yang mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan “kebencian rakyat” terhadap “politik lucah dan kotor ? Kenapa baru hari ini Asri terfikir begitu?. Kenapa setelah beberapa pemimpin politik terkena bahang seumpama ini Asri tidak pernah membuka muklut? Apakah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Asri terus bertindak rakyat untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran atas nama mahu menunjuk kehencian rakyat apa yang dianggapnya terhadap “politk lucah dan kotor. Andai “pertistiwa seumpama itu” yang pelakon utamanya pemimpin UMNO dan BN apakah Asri akan bersuara lantang sebegitu?. Apakah Asri juga mahu mengajak rakyat untuk bertindak demikian? Asri tidak seharusnya mengambil kesempatan ekoran pendedahann video seks oleh Datuk T untuk membakar perasaan rakyat untuk keluar bearak yang akhirnya akan mengundang pelbagai situasi yang negatif. Kini Anwar sendiri telah memberi kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Jika Anwar tidak yakin dan percaya kepada pihak polis sudah pasti beliau tidak membuat laporan polis sebaik sahaja isu video seks yang di dedah oleh Datuk T berkumandang. Biarlah pihak polis menyiasat keaakar umbi. Usahlah dibabitkan dan digadaikan keselamatan rakyat, ketenteraman awam serta negara “atas nama” kononnya untuk menyatakan “kencian rakyat” terhadap “politik lucah dan kotor”. Saya melihat isu video yang diketengahkan oleh Datuk T bukan soal politik lucah dan kotor. Dalam isu ini pelakon utama harus dipersoalkan moralnya kerana sanggup melanggan pelacur untuk memenuhi nafsu serakahnya. Asri seharusnya mengingatkan seluruh pemimpin supaya menjaga akhlak. Mereka yang buruk akhlaknya harus dinasihatkan berundur dan melepas jawatan yang disandang. Asri juga terus menyerang media kononnya menyebar fitnah.Dalam isu video seks yang didedah Datuk T, media langsung tidak ketengahkan individu terbabit tetapi penampilan Anwar dengan mengadakan sidang akhbar dan membuat laporan polis telah menimbul cakap-cakap berhubung pelakon utama video berkenaan. Saya sendiri apabila mendapat berita berkenaan awal-awal lagi bersikap polsitif terhadap Anwar sehinggalah terlihat dan terbaca kenyataan media dan laporan polis yang dibuat oleh Anwar. Saya beranggap ianya membabitkan individu lain. Pada semua pihak usah terperangkap dengan isu peribadi mana-mana individu. Jangan mempertaruhkan nilai keamanan dan ketenteraman yang sedang dinikmati sekarang untuk sama-sama beremosi dengan individu berkenaan. Ingatlah… Ini bukan kali pertama negara berhadapan dengan isu seumpama ini. Pada akhir 2007, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kini merupakan Presiden MCA meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal seks yang rakaman aksi seks turut didedahkan kepada umum. Pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pelajar bawah umur. Pada 1988, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat ekoran pendedahan 11 pita video seks yang disimpan di rumahnya. Daripada pemerhatian saya, pihak pembangkanglah teramat ghairah dan beriya-iya menjaja isu berkenaan untuk menangguk diair keruh dengan isu berkenaan. Tidak cukup di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pihak pembangkang turut mengadakan roadshow dengan membawa individu-individu tertentu dalam medan ceramah mereka untuk mencerca pemimpin berkenaan. Tiada pembelaan yang dibuat walaupun mahkamah belum memutuskannya. Persoalan saya jika isu ini menimpa pemimpin UMNO dan kerajaan apakah Asri akan bersuara sedemikian?. Malah bergema sahaja isu berkenaan pembangkang terus menjaja agar pemimpin berkenaan meletak jawatan. Asri harus ingat biar setinggi mana pun simpatinya kepada Anwar beliau tidak harus dijadikan dirinya sebagai ayam tambatan untuk mengapi-apikan trakyat rakyat untuk berdemontrasi secara besar-besaran kerana ianya akan diambil kesempatan oleh individu tertentu yang selama ini “hidup” dengan suasana seumpama ini. Ambillah iktibar apa yang berlaku di Asia Barat akhirnya kesempatan kebangkitan rakyat diambil oleh mereka yang berkepentingan dan menjadi boneka Amerika Syarikat dan Barat. Kini terserlah kebangkitan itu rupanya tajaan pihak tertentu yang berkepentingan. Di Malaysia, balaci-balaci ini sedang mencari isu untuk diputar belitkan untuk membakar perasaan rakyat untuk bangun memberontak.Pelbagai isu di ketengahkan untuk membakar perasaan rakyat, namun kesemuanya gagal mempengaruhi rakyat Malaysia. Asri dalam kenyataan juga mengajak rakyat memulau media yang melaporkan isu video seks berkenaan. Tapi apakah Asri lupa akhbar Harakah pernah memainkan isu seumpama itu ketia Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam hal ini Asri tidak perlu hipokrit. Usah salahguna kedudukannya untuk kepentingan individu, saya nasihatkan Asri gunalahkedudukannya untuk kepentingan umah sejagatnya.Biarlah tindak tanduknya adil sebagaimana ciri-ciri peribadi yang beliau pertontonkan. Mungkin juga Asri perlu menonton video berkenaan terlebih dahulu agar beliau dapat kenal pasti apakah video itu rekaan atau sebaliknya. Jika benar beliau harus mengajar individu yang menjadi pelakon utama itu bertaubat dan jika tidak saya bersetuju agar satu kempen dibuat untuk menolak politik mempergunakan seks untuk tujuan peribadi.

Selasa, 22 Mac 2011

VIDEO SEKS: SATU MEKANISME BELADIRI?

Apabila berhadapan dengan dakwaan kes liwat yang di laporkan oleh Saiful bekas pembantunya, Anwar terus melarikan diri ke Kedutaan Turki untuk mendapat perlindungan kononnya bimbang ancaman keselamatannya.

Anwar langsung tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan apa lagi "segera" membuat sidang akhbar bagi menangkis dakwaan berkenaan.

Kini dalam kesibukan sekelumpuk NGO membuat gesaan agar beliau menyerahkan DNA, untuk membantu perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung dan dalam keghairahan masyarakat menanti apakah keputusan mahkamah akan menyebelahi pihak pendakwaan agar Anwar menyerahkan DNAnya, tiba-tiba meletup isu video seks kononnya membabitkan pemimpin tertinggi salah sebuah parti yang didedahkan oleh Datuk T.

Dalam sidang akhbar "Datuk T" terus mendesak agar pemimpin berkenaan bersama isterinya meletak jawatan dan berundur daripada parti yang dipimpinnya. Datuk T menggunakan strategi memilih untuk tidak membenarkan media membuat liputan dan menyiarkan identitinya kepada umum seperti mana yang dilakukan oleh Saiful dalam kes liwat. Tetapi mungkinkah Datuk T memilih langkah yang silap dengan menjemput "orang kuat Anwar" untuk menonton bersama "tayangan perdana itu".

Datuk T tidak boleh menggunakan langkah ini biar pun yang dijemput adalah anak saudara kepada kumpulan Datuk T. Datuk T tidak boleh mengharapkan kehadiran individu berkenaan dapat menimbulkan keinsafan dan rasa mahu bertaubat serta kembali kepangkal jalan. Dalam situasi politik hari ini keinsafan itu akan datang dengan sendiri tanpa dipaksa-paksa. Lihatlah hampir 90 peratus pengasas PKR yang terdiri daripada golongan pprofesiional telah bertindak keluar daripada partia berkenaan atas kesedaran yang wujud dalam diri mereka. Mungkinkah langkah Datuk T dalam isu ini tersilap sedikit kerana saluran yang dipilih tidak kena?.

Sebelum ini timbul tandatanya lagi mengapa Datuk T tidakmahu menyerahkan video itu kepada pihak Polis dan yang paling memeranjatkan dan menimbul pertanyaan besar mengapa selang beberapa jam, kira-kira tiga jam selepas pendedahan Datuk T, Anwar terus SECEPAT KILAT mengadakan sidang akhbar mendakwa dia bukan ‘pelakon’ video tersebut selain berkata pelakon dalam video itu perutnya buncit sedangkan dia tidak buncit. Dia juga mendakwa tidak tengok video berkenaan, tetapi jika tidak melihat bagaimana Anwar mendapat maklumat? Tentu kesilapan Datuk T membenarkan "orang" Anwar turut menonton maka maklumat itu segera di sampaikan ke telinga Anwar.

Ketangkasan Anwar bertindak kali ini dalam kes Video Seks tersangat menimbul keraguan yang melampau pada diri saya. Soalnya, mengapa dalam soal Video seks kononnya aksi seorang pemimpin dengan pelacur perempuan daripada negara China ini beliau amat cepat bertindak, isu Saiful, beliau mengambil pendirian melarikan diri ke Kedutaan Turki dan DNA pula lambat.


Dalam isu penyerahan DNA, kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).,

Dalam suasana yang amat terdesak, berkemungkinan "tink-tank" Anwar menyediakan satu "resepi baru" bagi dipergunakan oleh Anwar untuk menyerang dan membela dirinya serta mengalih pandangan terhadap isu DNA yang sedang dihadapinya.

Dalam perbicaan kes liwat pendakwa kemukakan bukti sampai DNA Y sama dengam sampel DNA yang ditemui dalam botol minuman jenama Cactus, tuala kecil "Good Morning" dan berus gigi yang digunakan oleh individu berkenaan namun mahkamah menolak kerana DNA berkenaan diambil secara tidak sah. Akhirnya timbul desakan daripada kumpulan NGO agar Anwar menyerahkan sampel DNA untuk tujuan berkenaan. Semasa awal2 kes yang didakwa oleh Saiful Anwar enggan menyerahkan sampel DNA.

Kini Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas barangan tersebut boleh diterima masuk sebagai bukti.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selepas mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menunjukkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Dalam berhadapan dengan isu Video Seks yang kononnya membabitkan beliau, Anwar dan pemimpin pembangkang lain wajar melihat terlebih dahulu rakaman video tersebut sebelum membuat penafian kerana terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab.

Sudah pasti Anwar amat mengharap kepimpinan UMNO dan BN akan melatah dengan isu berkenaan, namun apa yang diperlihat tidak seperti diharapkan. Malah pihak polis sendiri akan menyiasat kes ini.

Sepertimana biasa, Anwar terus menuduh apa yang berlaku adalah satu konspirasi UMNO, BN, Perdana Menteri dan Polis. Seperti mana kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, ianya merupakan satu "resepi" wajib bagi Anwar jika berhadapan dengan isu peribadinya.

Kini pihak polis telah membuka kertas siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan itu dilakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Apa yang menjadi tandatanya dan kehairanan dikalangan khalayak sebelum ini mengapa Datuk T senggan mendedahkan identitinya sehingga timbul bermacam-macam spekulasi? Mengapa beliau enggan menyerahkan video itu kepada Polis dan hanya mahu menyerah kepada Anwar dan isterinya sahaja. Atas dakwaan tidak mahu siasatan diangap tidak telus Datuk T mahu sebuah badan bebas menyiasat kesahihannya dan enggan pihak Polis terbabit.

Anwar mungkin melihat isu Video Seks ini mungkin boleh digunakan oleh Anwar untuk meraih simpati dan dijadikan modal berkempen dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang bakal berlangsung. Dengan adanya isu video seks ini maka Isu tuntutan penyerahan DNAnya berhubung kes liwat dapat di tenggelamkan bersama arus video seks berkenaan.

Siasatan pihak Polis pasti akan menemui jawapan. Harapan Anwar yang berkemungkinan mengharap beliau akan ditahan serta merta bagi menimbul simpati dikalangan rakyat nampaknya tidak berhasil. Anwar melihat ini peluang keemasan. Anwar mahu membakar perasaan rakyat andai dia ditahan pihak Polis dengan berandaikan peristiwa pertama kali beliau ditahan apabila didakwa dibawah salah lakunya terdahulu yang berjaya membakar dan menghimpunkan rakyat keluar berdemontrasi. Mungkin Anwar mahu kelangsungan tunjuk perasaan di Asia Barat dapat dibangkitkan di Malaysia dengan menjadikan tangkapan sebagai batu loncatan. Namun ianya tinggal harapan sahaja.

Polis hanya menyiasat kes penyebaran video seks berkenaan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Pemimpin PAS pula mahu kes ini disiasat di bawah hukum syariah dan mungkin PAS mahu kes video lucah ini di bawa ke mahkamah syariah untuk dibicarakan? Agak molek juga sekiranya Datuk T menyerahkannya kepada pihak mahkamah syariah untuk membicarakan kes ini.

Jika Anwar memilih untuk mempergunakan isu video seks ini untuk membakarperasaan rakyat pastinya Anwar "kantoi". Apakah senjata yang akan makan tuan?

Datuk T mungkin memilih jalan yang salah walaupun niatnya baik dalam berhadapan isu ini. Datuk T sepatutnya memilih mekanisme yang lain dalam menangani isu. Anwar pasti menggunaka isu video seks ini sebagai mekanisme beladiri. Siapa yang terperangkap dan siapa terjerat? Namun Datuk T telah berjaya mencelarukan pemikiran semua orang.