Isnin, 10 Oktober 2011

BELANJAWAN AWAR :BELANJAWAN PENIPU RAKYAT (PR) 2012

BELANJAWAN PENIPU RAKYAT (PR) 2012

Ketika menjadi Ketua Pebangkang Di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang mendakwa Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan perlu belajar Teori Ekonomi Dunia. Lim Kit Siang membuat dakwaan itu setelah melihat belanwan dan tindakan Anwar mengurus tadbir kewangan negara agak bercelaru. Dalam bahasa lain bolehlah kita tafsirkan Lim Kit Siang nak beritahu Anwar tidak cerdik dalam ekonomi.

Apabila berakhir pilihanraya ke 12 pada 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil dengan gaya penuh sombong dan bongkak mendakwa beliau berjaya “membeli” wakil rakyat Barisan Nasional. Dengan penuh kesombongan dan kebongkakan Anwar mencanang keseluruh dunia beliau akan menguasai Putrajaya pada 16 September..

Bagi mereka yang tidak mengenali Anwar sudah pasti akan terperdaya dengan penipuan yang dibuat. Malah ada dikalangan cerdik pndai di Pusat Pengajian Tinggi yang pro kepada Anwar kelihatan agak angkuh pada ketika itu sehingga ada yang diberi arahan akan menjawab “kita tunggu dulu pada 16 Septemer.

Namun 16 September yang di tunggu-tunggu tidak muncul. Malah apa yang terjadi dengan takdir Allah Ahli Parlimen PKR pula yang bertindak keluar parti. Huru hara PKR dan kumpulan pembangkang pada ketika itu.

Marah dan malu apa yang berlaku kepada pembangkang terutamanya tumbangnya kerajaan pembangkang yang didalangi oleh DAP di Perak dan dakwaan 16 September tidak menjadi kenyataan, Pengerusi DAP Karpal Singh dengan penuh emosi dan marah bangkit dengan kenyataan meminta ”Anwar Ibrahim Perlu Bertaubat”

Kini setelah beberapa kali menipu rakyat, Anwar tampil sekali lagi membentangkan satu lagi agenda Penipu Rakyat (PR) iaitu belanjawan pakatan rakyat 2012 atau saya terjemahkan belanjawan penipu rakyat 2010.

Anwar dengan penuh ego dan angkuh (inilah sikap realiti anwar yang saya kenal sepanjang 15 tahun menjadi wartawan) mendabik dada Belanjawan Penipu Rakyat 2012 ini akan memperuntukan RM220 bilion untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 daripada KDNK.

Dalam belanjawan berkenaan Anwar menghebahkan beberapa insentif yang akan diberikan termasuk untuk surirumah, wargaemas, warga pencen, menyediakan peruntukan untuk menampung subsidi, top up payment untuk isi rumah, kenaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pengenalan gajiminima kepada kakitangan awam, elaun kepada guru-guru, elaun penjagaan anak, peruntukan pembersihan bandar dan desa, pembangunan luar bandar dan lain-lain lagi janji untuk menipu rakyat,

Jika diteliti belanjawan Anwar Ibrahim tepatlah kata-kata bekas Ketua Pembangkang Lim Kit Siang di Dewan Rakyat ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwar perlu belajar teori ekonomi dunia secara tidak langsung Lim Kit Siang nak beritahu Dewan Rakyat dan masyarakat Malaysia dan Dunia bahawa Anwar ”bodoh dalam ekonomi”.

Apa tidaknya dalam belanjawan berkenaan, Anwar hanya menabur janji manis habuan-habuan yang hendak diberikan. Anwar langsung tidak menjelaskan dari mana wang itu hendak diambil bagi menampung kos Belanjawan Penipu Rakyat..

Tepat seperti kata Lim Kit Siang,!. Bagi saya Anwar hanya melihat jumlah wang yang ada dalam kantung Bank Negara Malaysia dan yang ada pada Petronas dan GLC yang lainnya. Anwar ingin habiskan wang wang tersimpan dalam Bank Negara Malaysia, Petronas dan GLC tanpa berupaya mencari lain-lain sumber untuk menampung kos belanjawan Penipu Rakyat.

Inikan pemimpin yang ingin ditonjolakn yang mempunyai pemikiran jumud sekadar melihat wang yang tersimpan dalam kantung negara sahaja. Kalau inilah jalan yang dipilih oleh Anwar, defisit negara pada tahun 2013 akan melonjak berkali-kali ganda dan tidak sampai tamat tempoh kerajaannya tamat negara akan menjadi bankrap.

Sepatutnya dalam belanjawan Penipui Rakyat Anwar harus menunjuk keyakinan kepada rakyat dari mana wang yang ingin diambilnya untuk menampungkan kos Belanjawan Penipu Rakyat bukannya menghabiskan wang yang berjaya dikumpulkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Dalam belanjawan Penipu Rakyat Anwar mengambil kesempatan membelas dendam dengan menyerang bekas Perdana Menteri mengenai perniagaan yang dimiliki oleh anak bekas Perdana Menteri tetapi Anwar juga terlupa untuk mendedahkan apakah habuan yang dimiliki oleh seluruh keluarganya dan kroni-kroninya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Dari mana wang Anwar dapat membina mahligai barunya. Media pembangkang langsung tidak pernah menunjuk rupa bentuk mahligai peribadi Anwar.

Anwar terlupa untuk menjelaskan berapa banyak wang daripada taukey-taukey judi yang diterimanya ketika untuk merampas jawatan Timbalan President UMNO daripada Tun Ghafar Baba. Anwar terlupa untuk menjelaskan penubuhan syarikat yang dibuatnya sebagai dalang untuk menyalurkan kewangan bagi menjayakan kemenangannya.

Anwar terlupa untuk mendedahkan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan beliau telah memaksa Lembaga Tabung Haji membeli Helikopter yang bernilai RM3.4juta dimana helikopter itu mahu digunakannya. Anwar terlupa untuk menjelaskan berapa banyak diberinya kepada ahli Lembaga Tabung Haji bagi meluluskan niat dan hasratnya. Anwar terlupa untuk menjelaskan berapa sebenarnya harga helikopter berkenaan . Mujur Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir (TUN) sedar akan beban yang ditanggung oleh Tabung Haji akhirnya helekopter berkenaan diarah dijual tetapi Lembaga Tabung Haji kerugian RM100 ribu.

Anwar terlupa bagaimana negara kerugian ekoran perjudian yang dibuatnya dengan membeli matawangan asing. Lim Kit Siang mungkin tidak lupa akan tentang isu ini. Biar pun sudah tua saya yakin Lim Kit Siang tidak lupa tetapi andai beliau berkata dia terlupa alamat dirinya sudah berada dalam ambang nyanyuk.

Saya yakin, jika inilah bentuk belanjawan Pakatan Penipu Rakyat, inflasi negara yang kini hanya 3% pastinya akan melonjak berkali ganda.Definit negara akan turut melonjak dan KDNK akan menjunam. Anwar telah membuktikan kegagalan ketika diberi tanggungjawab.


Ketika membentang belanjawan Penipu Rakyat, Anwar langsung tidak menyentuh soal pendapatan kerajaan tetapi hanya membentangkan belanjawan sahaja. Jelas belanjawan ini benar-benar belanjawan Penipu Rakyat. Dan tepat kata Lim Kit Siang, Anwar perlu belajar teori ekonomi dunia!

Kepada rakyat Malaysia ingatlah pepatah dan peribahasa yang berbunyi ”pisang tidak akan berbuah dua kali”. Oleh itu usah dibiarkan diri ditipu buat sekian kalinya. Dalam pilihanraya umum yang lalu Pakatan Penipu Rakyat yang diterajui oleh Anwar telah menjanjikan pelbagai janji. Antaranya janji kepada orang India untuk mengwujudkan India Town di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang akhirnya bila menang perkampung itu terus diranapkan oleh kerajaan yang diteajui oleh DAP.

Habuan yang dijanji kepada golongan warga tua, wanita juga tidak ditunaikan dinegeri-negeri yang diterajui mereka. Malah peruntukan kerajaan Pusat untuk membaiki jalanraya dikedah telah diseleweng untuk tujuan lain dan sehingga kini belum terjawab oleh kepimpinan Datuk Seri Azizan.

Kepada rakyat Malaysia usah terpengaruh dengan belanjawan Penipu Rakyat ini. Berfikirlah dengan waras. Baca dan kajilah belanjawan yang dibentang oleh orang yang tidak cerdik tentang Teori Ekonomi Dunia. Betullah tidak cerdik sebab ketika ekonomi negara jatuh Anwar langsung tidak menggunakan teori ekonomi dunia. Mengikut teori ekonomi dunia, apabila ekonomi menguncup kerajaan hendaklah berbelanja besar. Tetapi Anwar ketika menjadi menteri kewangan mengecil belanjawan, meningkatkan kadar pinjaman. Oleh yang demikian ekonomi yang merudum pada ketika itu bertambah parah.

Seperti diduga, Anwar akan mentohmah belanjwan yang di bentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendakwa belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sebagai belanjawan cedok. Seperti yang didakwa oleh Lim Kit Siang Anwar perlu belajar teori ekonomi duniam menunjukkan Anwar tidak cerdik dalam ekonomi. Ya laaa dia aliran sastera PMK pun cukup makan sahaja.

Kepada yang tidak cerdik seperti Anwar pastinya akan percaya bahawa belanjawan yang di bentangkan oleh Datuk Seri Najib sebagai belanjawan yang dicedok dari ideanya. Tetapi manusia yang cerdik dan faham bagaimana belanjawan itu dirangka akan tergelak besar dengan tokmahan Anwar itu.

Belanjawan yang dibentang Oleh Datuk Seri Najib dirangka berbulan-bulan. Belanjawan yang dibentang Anwar entah ”berapa jam” sahaja dirangka. Saya yakin pakar yang merangka belanjawan yang dibentang oleh Datuk Seri Najib lebih tersenyum lebar mendengar tohmahan Anwar. Sebagai bekas Menteri Kewangan Anwar jug atentu tahu bagaimana bajet itu dirancang.

Tahniah Datuk Seri Najib belanjawan yang dibentangkan dirasai oleh semua pihak. Tahniah kerana sanggup menarik balik cadangan belanjawan menaikan elaun wakil rakyat yang pada asasnya berniat baik untuk membantu wakil-wakil rakyat dalam melaksanakan tugasnya.

Saya ketika menonton ucapan Datuk Seri Najib di salah sebuah Hotel di Alor Setar bersependapat dengan rakan-rakan bahawa pengumuman itu akan dijadikan isu oleh Anwar dan gerombolannya. Kami juga sependapat ianya akan dijadikan senjata. Mungkin masa dan waktunya belum tepat untuk kerajaaan mengasihani wakil-wakil rakyat.