Sabtu, 21 Januari 2012

KES LIWAT DSAI, RAYUAN PENDAKWARAYA : KEADILAN UNTUK SEMUA

Selepas memdengar keputusan Penghakiman pada 9 Januari saya sedang minum di sebuah restoran. Apabila mendengar keputusan ada yang tersenyum, ada berkerut dahi dan ada yang berdoa. Saya terus menyataka kepada teman-teman saya bahawa menjadi kewajipan Pendakwaraya merayu kes ini. Jika tidak sistem keadilan negara akan kacaubilau dan terancam kerana teknikal problem digunakan sebagai alasan untuk membebas dan melepaskan Anwar. Pada ketika itu say amemberi gambaran kepada mereka jika kes ini tdak dirayu ianya akan menjadi rujukan kes dan paling teriniagya mangsa liwat, rogol, bunuh dan lain-lai kes yang memerlukan DNA sebagai pembuktian kes. Keputusan Pendakwaraya mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu keputusan yang amat tepat. Ianya memenuhi kehendak dan urutan keadilan sejagat untuk kepentingan semua pihak. Seandainya pihak Peguam Negara tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kes liwat ini sesuatu malapetaka akan menimpa sistem pendakwaan negara dan mangsa-mangsa liwat dan rogol serta kes bunuh dan lain-lain kes yang merlukan DNA sebagai kes pembuktian pada masa akan datang. Apa tidaknya, dalam penghakimannya Yang Arif Hakim membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan teknikal problem iaitu keraguan kesesalamat terhadap DNA kes Saiful yang disimpan. Andai pihak pendakwaraya tidak membuat rayuan, sudah pasti kes ini akan menjadi rujukan dalam mana-mana kes liwat, rogol, bunuh dan lain-lain kes yang memerlukan sampel DNA sebagai pembuktian kes. Jika ini berlaku yang teriniaya ialah mangsa-mangsa rogol dan liwat sert abunuh yang lalu atau yang akan datang yang mungkin membabitkan generasi akan datang dan berkemungkin terhadap kaum keluarga penyokong DSAI sendiri (mohon perlindungan Allah) Pihak pembelann pasti akan menjadikan kes ini bahan rujukan dengan mempertikaikan kesahihan keselamatan DNA yang diambil. Secara langsung mangsa rogol, bunuh dan liwat serta kaum keluarga yang akan ditimpa malang kerana yang bersalah gagal disabit kesalahan kerana teknilak problem. Kaum kerabat dan penyokong DSAI jangan terlalu ghairah mengatakan keputusan pihak peguam negara ini tidak adil dan konspirasi lagi. Kes ini bukan sekadar untuk Saiful dan ANwar malah rakyat Melaysia keseluruhannya berkepentingan. DSAI telah diberi peluang yang paling luas dalam dunia perbicaraan mahkamah Malaysia. Lebih 65 kali kesnya ditangguhkan. Kali ini giliran Saiful pula menggunakan segala saluran untuk menegakkan keadilan bagi dirinya. Oleh itu tidak layak mana-mana pihak untuk menghalang proses mahkamah berjalan bagi menegak keadilan. Saya yakin Saiful tidak seperti DSAI, beliau sesekali tidak akan mendesak pihak mahkamah mempercepatkan kes rayuan ini kerana baginya menegakkan keadilan menerusi proses mahkamah. Semua pihak juga bersetuju andai DSAI dijatuhi hukuman bersalah pada 9 Januari lalu beliau juga akan membuat proses rayuan di mahkamah rayuan dan mahkamah Persekutuan. Peluang terakhir lagi ialah memohon pengampunan daripada Yang di Pertuan Agong. Tetapi bagi Saiful, pendakwa raya hanya mempunyai dua peluang iaitu mahkamah rayuan dan mahkamah Persekutuan. Saya teramat yakin seperti lazimnya DSAI akan mendahului apa jua keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah. Pastinya Anwar sekali lagi akan menjaja dirinya akan di Penjara. Sebelum keputusan ( Januari 2011, Anwar menjaja keseluruh dunia dia akan dihumpan ke penjara dia mendakwa ini adalah konspirasi kerasaan BN dan UMNO. Namun keputusan mahkamah tinggi membebas dan meleaspan Anwar. Karpal Singh yang terkejut dengan keputusan mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar nampaknya agak terkilan apabila Anwar memberitahu dunia pembebasannya kerana kerana gentar dengan tekanan negara-negara luar. Lantas itu Karpal Singh nampak seolah-oleh terkilan dengan apa yang diluah oleh Anwar tanpa memberi sebarang kredit kepada peguam utamanya. Apakah Karpal akan terus mewakili DSAI? Yang timbul persoalan kepada saya ialah berapa kos peguam DSAI pada kali ini. Keduanya selepas Anwar dibebaskan media pro Anwar mendakwa ianya hasil doa penyokong Anwar dan kali ini hasil doa siapa pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan