Khamis, 12 April 2012

LUPUS PINJAMAN PTPTN :KEMUNAFIKAN ANWAR IBRAHIM



  SATU LAGI KEMUNAFIKAN ANWAR IBRAHIM

 LUPUS PINJAMAN PTPTN

 

ANWAR AKAN TUNGGANG APA JUA ISU UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA TERMASUK ISU ALLAH

Pada awal 1991, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini
SEJARAH PTPTN
Mari kita lihat sejarah kewujudan PTPTN, Anwar Ibrahim yang sewaktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan merupakan individu yang bertanggungjawab membentangkan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.

 Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.

Anwar telah berada 16 tahun dalam kerajaan. Kenapa semasa beliau ada peluang beliau tidak laksanakan segala retoriknya menghapuskan AUKU, ISA dan beri pendidikan percuma. Beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu Anwar tidak pernah bercakap soal untuk hapus AUKU, ISA dan memberi pendidikan percuma yang di war-war kini!

PEMBOHONGAN ANWAR

Mari kita imbas siapa Anwar, ketika tahun 70an harga getah dunia jatuh merudum. Secara kebetulan berlaku kematian sebuah keluarga di Baling Kedah Anwar terus menipu mahasiswa di Universiti Malaya dan ITM kononnya keluarga itu mati kebulur. Maka berduyun-duyun mahasiswa keluar tunjuk perasaan dan huru hara juga negara pada waktu itu. Tetapi setelah dibuat bedah siasat mereka meninggal dunia kerana termakan pucuk ubi beracun tetapi sehingga hari ini Anwar tidak pernah tarik balik dakwaan dan pembohongannya itu.

Semasa beliau menjadi Presiden ABIM Anwar di Kolej Utara, Alor Setar Kedah 1980, berkata kalau beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia langkah pertama akan beliau laksanakan ialah memansuh lesen judi, arak dan riba. Allah telah takdir Anwar menjadi Menteri Kewangan namun lesen judi, arak dan riba makin bertambah malah paling biadap Anwar telah melulus satu lesen judi di Kubang Pasu yang menyebabkan Dr Mahathir terkejuut dan marah kerana sebelum ini tiada kedai judi di Kubang Pasu. Akhirnya dengan arahan Dr Mahathir apabila lesen itu tamat ianya tidak lagi di perbaharui. 

ANWAR LULUS LESEN JUDI

Semasa menjadi timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  didakwa mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan. Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee, kata timbalan perdana menteri.

Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.



Berikut adalah petikan daripada wawancara Ahmad Lutfi Othman (sekarang Ketua Pengarang Harakah) dan Suria Janib dengan Mohamad Sabu (sekarang Timbalan Presiden Pas) yang diambil drpd majalah Tamadun, Julai 1998. Luahan hatinya tentang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan/ Timbalan Perdana Menteri:

"Saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun... pada masa saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat jadi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menemui bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ni ...


"Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

KERANA GILA KUASA 

Kerana gila kuasa dan ingin berkuasa menjadi Perdana Menteri serta tahu ramai pengundi baru dari golongan muda iaitu mahasiswa dan bekas mahasiswa Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN. Maka bersorak sorailah mereka yang ingin hidup "makan free" tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini. Kumpulan ini buta sejarah dan terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

Adakah mereka sedar siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti. 
 
RANG UNDANG-UNDANG PTPTN 1997 
 

UCAPAN LIM KIT SIANG MEMBAHAS RANG UNDANG-UNDANG PTPTN 1977

UCAPAN LIM GUAN ENGG MEMBAHAS RANG UNDANG-UNDANG PTPTN 1977
Semasa Anwar membentang rang undang-undang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566), Lim Kit Siang dan Lim Guan Engg telah menyokong dan membuat cadangan penambah baikan.
Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang tidak perlu cakap banyak, mereka harus buktikan keikhlasan mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat dengan memberi pendidikan percuma di IPTA yang di kuasai oleh pembangkang iaitu UNISEL, KUIS, KUIN, PASTI, Sekolah Agama Rakyat dan melunaskan dulu hutang peminjam daripada Yayasan Kerajaan Negeri dibawah pembangkang seperti Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.  
Apakah YB Nizar Jamaludin lupa ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak dalam majlis penyerahan pinjaman Yayasan Perak semua peminjam dipaksa angkat sumpah untuk membayar balik pinjaman berkenaan.
Mari kita lihat data ini:

Jumlahnya juga besar (lihat carta): Universiti Selangor (yang dulu diasaskan oleh kerajaan BN) adalah antara penerima tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak RM851,294,429.90 iaitu hampir RM1 bilion. Ia digunakan untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak kewujudan PTPTN pada tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar miskin.

Kedah turut menerima kemudahan faedah daripada PTPTN. Kolej Insaniah, sebuah kolej kecil, menerima kemudahan PTPTN sejak dari tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012. Sebanyak RM266 juta 229,500.00 telah disalurkan untuk kemudahan sara hidup dan pengajian bagi 5,900 pelajarnya. Rata-rata semua pelajarnya mengambil kemudahan tabung itu.

Oleh itu wajar pihak pembangkang melaksanakan dahulu apa yang mereka war-warkan memberi pendidikan percuma kepada  mahasiswa dan pelajar yang menuntut dinegeri dan sekolah dan taskI milik mereka.


1 ulasan: