Rumah rakyat: Kerajaan Pas Kedah Tipu Rakyat
![]() |
Azizan (kanan) dan Fakhrolrazi (kiri) |
Lepas PRU 12 Pas berdentum dentam membuat janji mengistihar projek itu dan ini termasuk mengistiharkan pembinaan projek perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sana sini dibuat majlis pecah tanah dan cerah tanah. Malah Menteri Besar Datuk Seri Azizan turut menipu pengundinya di kawasan DUN Sg Limau dalam Parlimen Jerai dengan melancar satu projek perumhan rakyat di Jalan Dulang, Yan Kedah.
Selain dari itu Kerajaan Ngeri Kedah turut lancar projek perumahan Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta
yang dilancarkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada
Januari 2010.
Projek
itu melibatkan pembinaan 1,811 unit pelbagai jenis rumah termasuk teres kos
rendah, teres dua tingkat, berkembar setingkat dan banglo.
Ketua
Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendedahkan, selepas hampir tiga tahun
projek itu dilancarkan, tiada satu pun unit rumah bagi projek berkenaan siap
dibina dan diserahkan kepada pembeli sekali gus menganiaya mereka.
Bila rakyat tanya kerajaan negeri mengatakan pembinaan rumah tersebut akan disiapkan tidak lama
lagi.
Walaupun
ada pembinaan, namun tiada satu unit pun disiapkan pada tahun ini di kawasan
tersebut. Tinjauan mendapati hanya papan tanda yang
kelihatan elok tetapi kemajuan projek itu amat menghampakan.Bahkan
pejabat jualan di bilik pameran perumahan itu tidak lagi beroperasi dengan
mengalami kerosakan teruk dan bekalan elektrik juga dipotong.
Beberapa projek pembinaan
rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat yang diumumkan oleh Kerajaan Pas
Kedah masih belum dimulakan antaranya projek
yang dimaksudkan ialah pembinaan pangsapuri kos rendah di Bandar Darul Aman,
Jitra dan rumah kos rendah serta mampu milik Bandar Tunku Puteri Pokok Sena
yang masing-masing dilancarkan hampir empat tahun lalu.
Semasa pelancaran projek Bandar Sejahtera, Azizan menyatakan bahawa
128 unit rumah teres mampu milik yang berharga RM140,000 seunit habis ditempah.
Kegagalan Kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah berkenaan mengakibatkan pemaju
perlu membayar kerugian akibat kelewatan pada kadar 10 peratus setahun atas
harga belian mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
Akta
itu mensyaratkan rumah seharusnya dibina dan disiapkan dalam tempoh dua tahun
selepas perjanjian jual beli ditandatangani. Ini bermakna anggaran kerugian
akibat kelewatan untuk dua tahun ialah sebanyak RM3.584 juta,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan