Selasa, 5 Mac 2013

MB KEDAH; AFIFUDDIN GANTI AZIZAN?






Dr Afifuddin
Azizan














Riuh rendah bekas Menteri Kewangan Datuk Afifuddin Omar akan sertai Pas dalam masa terdekat ini. Khabar ini bertiup kencang sejak dua menjak ini terutama selepas dikhabarkan Afifuddin bersetuju sebuah Homestay AO milik beliau di Pekan Jitra dijadikan markas Pas

Kemungkinan ini mungkin berasas apabila Afifuddin dlihat akrab dengan kepimpinan Pas Kedah dan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN baru-baru ini.

Ada pihak mendakwa Afifuddin yang merupakan sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumum keputusan beliau menyertai Pas dalam masa terdekat ini.

Hubungan akrab beliau dengan Anwar meletakkan beliau sebagai calon popular kumpulan anwarisme dalam Pas untuk menggantikan Datuk Seri Azizan yang mahu dipinggirkan Pas dari menerajui Kerajaan negeri Kedah apabila Pas mampu bertahan selepas PRU13.

Afifuddin yang mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman ekonomi dikatakan calon terbaik bagi Pas berbanding tokoh-tokoh Pas yang lain.

Berdasarkan pengalaman selepas PRU12 meletakkan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah, Pas dikatakan mahu mencari calon terbaik bagi menerajui Kedah selepas PRU13 akan datang bagi "membersih" nama baik Pas.

Bagaimana pun Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul, Datuk Mahfuz Omar turut berminat dan melobi untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya Pas kekal menerajui Kedah selepas PRU13.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan