Isnin, 2 Februari 2009

SIAPA TIDAK DEMOKRASI

Sebaik sahaja selesai pilihanraya umum ke 12 Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengaum bahawa 40 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Malah sebaik sahaja menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ngauman itu semakin bertambah ego sehingga menetapkan 16 September detik keramat baginya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pelbagai pihak telah menyuara pendapat agar amalan demokrasi di hormati iaitu menghormati dan mengitiraf kemenangan dan keputusan pilihanraya yang memihak kepada BN. Pelbagai pihak mengkritik gaya ngauman itu namun Anwar dan kuncu-kuncunya tetap bertegas bahawa tindakan mereka itu betul.

Sebelum ini berdegar-degar pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Barisan Nasional dan UMNO tidak demokrasi. Mereka juga begitu beriya-iya mengalu-ngalu penyertaan wakil rakyat UMNO untuk menyertai Pakatan Pembangkang.

Sebaik pilihanray umum ke 12, Anwar dan juak-juaknya mencanang akan dapat menubuh kerajaan kerana sudah ada 40 orang ahli parlimen BN akan melompat menyertai Pakatan Rakyat. Tindak-tanduk ini sedikit sebanyak menjejaskan ketenteraman rakyat, politik dan ekonomi. Malah dengan penuh angkuh Anwar “mengaum, 16 September 2008 sebagai tarikh untuknya menjadi Perdana Menteri.

Ramai rakyat yang tertipu dengan dakyah yang dihamburkan oleh Anwar. Namun 16 September berlalu dan mengakhiri impiannya dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu Anwar menyatakan kemenangan calon Pas merupakan anak tangga pertama untuk menuju ke Putrajaya.

Tindakan Adun Bota melompat masuk dalam PKR membuakkan lagi “kemaruk” Pakatan pembangkang untuk menguasai kerajaan. Mereka penuh angguh mengalu-ngalukan kemasukan Adun berkenaan sambil menyifatkan akan lebih ramai lagi Adun BN akan menyertai pakatan mereka.

Tindakan Adun Bota ini sememangnya mencalitkan titik hitam pada wajah UMNO namun pemimpin UMNO dan BN menghadapinya dengan tabah tampa mengugut atau memaksa Adun berkenaan mengosongkan kerusinya seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Lihatlah dimana demokrasi yang ada pada Pakatan Rakyat? Mereka umpama ketam menyuruh anak berjalan betul tetapi dia tetap berjalan tidak betul. Bagi mereka apa yang mereka lakukan semuanya betul kalau BN dan UMNO buat semuanya salah. Mereka sanggup membutakan mata rakyat dengan retorik yang sering mereka gunakan.

Dalam kes Kapten (B) Mohd Osman Jailu Adun Cahangkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi Adun Behrang mereka sebenarnya belum membuat sebarang keputusan rasmi.
dengan apa cara sekali pun. Mereka hanya menyepi diri. Namun Kerajaan Pakatan Rakyat menerusi Speker Dewan Undangan negeri Perak V.Sivakumar telah membuat kenyataan rasmi kerusi berkenaan telah kosong dan memanjangkan surat perletakan jawatan kedua-dua Adun yang di paksa buat dalam akujanji Mac tahun lalu kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

Dalam kes ini nampaknya mereka langsung tidak menghormati demokrasi dan kebebasan hak individu yang selama ini mereka laung-laungkan. Ludah kelangit timpa batang hidung sendiri. Kini senjata telah makan tuan.

Kes kedua-dua aADUN berkenaan “ghaib” seketika telah menyebabkan mereka takut pada bayang-bayang. Secara jelas mendedahkan kepincangan dan keburukan mereka sendiri. Bagi Pakatan Rakyat apa yang mereka buat betul. Kini bila ada khabar angina kononnya Adun mereka hendak melompat parti mereka terus mencerca BN dan UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Sehingga ada yang sudah membuat akuan bersumpah kononnya pernah diwar berpuluh juta untuk menyertai BN. Sayayakin akan timbul banyak lagi fitnah terhadap BN dan UMNO selepas ini.

Secara logiknya untuk apa BN harus menghabiskan wang begitu banyak untuk melobi mereka masuk dalam BN. Daripada berbuat demikian lebih baik wang yang didakwa ditawarkan itu digunakan oleh membangunkan

Kalau dilihat apabila Adun Bota menyertai PKR tiada siapa pun yang membuat dakwaan sepertimana mereka dakwa terhadap BN dan UMNO.

Jelas kepada umum dalam pakatan rakyat tiada demokrasi tulin seperti mana yang mereka gembar gemburkan dan hak asasi manusia yang mereka lauangkan juga tiada kerana dalam kes kedua-dua Adun berkenaan mereka langsung tidak menghormati demokrasi dan hak asasi manusia.

Mereka harus menerima hakikat kalau mereka boleh melobi wakil rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat BN juga boleh berbuat demikian. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

Kini SPR telah mengekalkan kedudukan kedua-dua ADUN berkenaan sebagai wakil rakyat yang sah. SPR berpendapat surat yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan negeri Perak diragui.

Apakah Menteri Besar akan memohon perkenan Sultan Perak untuk membubar Dewan Undangan Negeri Perak? Apakah kerana kuasa beliau sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat untuk mendapat mandat baru.

Sudah pasti pihak Istana yang arif dalam undangan-undang dan pentadbiran akan mengutamakan kesejahteraan dan kepentingan rakyat melebihi segalanya!Daulat Tuanku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan