Sabtu, 16 Mei 2009

KEMELUT POLITIK PERAK PENGAJARAN KEPADA PEMBANGKANG HORMATILAH DEMOKRASI!

Seperti yang diduga kemelut politik Perak akhirnya akan diseret sehingga kemahkamah.

Segalanya berlaku kerana kerakusan Pakatan Rakyat sebuah pakatan yang hanya berada atas nama sahaja dan tiada sah disisi undang-undang.

Pakatan Rakyat tidak didaftar dan tidak mempunyai sebarang lambang atau simbol. Ianya lahir pada kata-kata sahaja atau lebih tepat sebagai "perkahwinan muttaah". Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya adalah pertubuhan yang "tidak sah" atau "pertubuhan haram".

Berbeza dengan Barisan Nasional yang mempunyai pendaftaran dan mempunyai simbol yang sah.

Selepas pilihanraya ke 12, Pakatan Rakyat nampaknya lebih ghairah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara tidak sah atau tidak demokrasi dengan bertindak untuk "membeli wakil rakyat" BN.

Pelbagai tawaran dibuat kepada wakil rakyat Barisan Nasional sehingga wujudlah slogan perubahan kerajaan 16 September 2008.

Pada ketika itu Penasihat PKR yang sekarang ini menjadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu ghairah mencanangkan beliau berjaya memancing 40 wakil rakyat Barisan Nsional untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Dengan penuh angkuh dan sombong lagi takbur, Anwar yang terkenal dengan "kaki retorik" ke hulu dan ke hilir menjaja akan berlaku peralihan kuasa dari BN dan Pakatan Rakyat dengan menjadikan 16 September sebagai targetnya untuk menumbang kerajaan Persekutuan yang diterajui BN dengan bertulang belakangkan UMNO.

Malah Anwar dengan penuh takbur juga menjaja Pakatan Rakyat juga akan menguasai beberapa buah negeri yang sedang dikuasai BN dengan mendakwa kononnya ramai ADUN-ADUN akan melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Kerakusan Anwar jelas terbayang apabila menjaja perkara ini bukan sahaja didalam malah diluar negara malah media asing turut dijadikan alat untuk menyampaikan retoriknya.

Namun 16 September 2008 telah berlalu apa yang dilaung-laungkan tidak menjadi. Rakyat mula sedar hakikat yang sebenarnya. Sebab itulah dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, penyokong Anwar bertindak menanggalkan poster yang yang bertulis "Hati-Hati Penipi 16 September telah tiba dan tertera gambar Anwar"

Pakatan Rakyat yang menguasai Perak pada ketika itu juga masih belum berpuashati sehingga cuba berusaha untuk "membeli atau memancng" beberapa wakil rakyat BN untuk menyertai mereka.

Barisan Nasional pada ketika itu hanya mengambil sikap tunggu dan lihat bagaimanapun mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa menyatakan bahawa kesemua wakil rakyat BN tetap setia dengan parti itu. Malah beberapa orang wakil rakyat telah mendedahkan mereka telah dihampiri oleh agen-agen Anwar dengan membuat tawaran yang lumayan untuk melompat.

Akhirnya dengan "silent strategi" BN mengatur langkah akhirnya mebuat pakatan rakyat "terkejut besar" apabila wakil rakyat mereka di negeri Perak melompat parti.

Mereka menjadi gelabah dan hilang pertimbangan. Anwar Antara manusai paling panik. Dia turut diserang oleh Pengerusi DAP Karpal Singh sehingga Karpal memint abeliau "bertaubat".

Namun BN di serang lagi kononnya bermain "kotor" "membeli wakil rakyat", tidak menghormati keputusan rakyat dan pelbagai tohmahan lagi.

Anwar selaku ketua sudah tentu terasa diaibkan lantas beliau mengeluarkan satu retorik kononnya apa yang berlaku adalah satu tindakan mengguling kerajaan.

Apakah Anwar tidak terfikir bahawa tindakan awalnya untuk membeli wakil rakyat BN merupakan satu tindakan untuk mengguling kerajaan?.Kata dulang paku serpih!

Apakah Anwar lupa selama ini beliau yang mengajar rakyat untuk tidak menghormati demokrasi dengan melontarkan retorik kononnya peralihan kerajaan akan berlaku pada 16 september. Tindakan Anwar sebelum ini menggambarkan beliau ingin menggulingkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya.

Anwar tidak sabar lagi untuk menjadi perdana menteri akhirnya mengambil langkah untu membeli wakil rakyat BN. Anwar tentu sedar mungkin pilihanraya ke 13 agak jauh dan waktu itu bukan masa bukan berpihak kepada dirinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini politik Perak menjadi kalut apabila BN berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Perak apabila 3 ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi ahli bebas dan bergabung dengan BN.

Datuk Seri Zamri Abd Kadir telah ditabal menjadi MB dan akhirnya ianya dicabar oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin di mahkamah dengan meminta mahkamah membuat keputusan siapa Menteri Besar yang sah. Ketika membuat tindakan itu Nizar berkata beliau mahu mahkamah atau undang-undang membuat keputusan.

Akhirnya keputusan hakim memihak kepadanya. Namun Nizar terlupa jika beliau memilih untuk menyelesaikan kes ini menerusi undang-undang beliau harus akur bahawa ianya harus melalui beberapa fasa sebelum ianya dapat dimuktamad.

Nizar harus akur setelah mahkamah tinggi membuat keputusan, keputusannya itu boleh dirayu kemahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan. Keputusan mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Oleh keraa Nizar yang memilih untuk selesai isu Menteri Besar menerusi undang-undang maka beliau harus menghormati proses undang-undang itu.

Walau pun keputusan mahkamah tinggi memihak kepadanya, Nizar harus akur Dr Zamri mempunyai peluang lagi iaitu membuat rayuan untuk menangguhkan keputusan dan membuat rayuan untuk dikaji semula oleh mahkamah rayuan. Mungkin keputusan ini akan sampai kepada mahkamah Persekutuan. Ini adalah proses undang-undang yang harus dilalui kerana Nizar yang memilih untuk menyelesaikan masalah ini menerusi undang-undang.

Kini untuk menutup kelemahan Pakatan Rakyat dan kerakusan Nizar, Pakatan rakyat terus membohongi rakyat kononnya BN merampas kuasa mereka.Malah tindakan BN membuat rayuan dimahkamah rayuan dengan meminta keputusan ditangguhkan sementara menunggu kes rayuan yang dikemukan oleh Dr Zamri dianggap percubaan merampas kuasa dan menidakkan hak rakyat.

Sekali lagi perasaan rakyat dimainkan. Nizar jangan terlalu angkuh dan sombong. Beliau harus mengkaji kekurangan majoriti melayu yang diterimanya dalam pilihanraya kecil yang lalu. Sudah jelas Melayu di Perak sudah sedar dan jelak dengan sendiwara yang dimainkan oleh Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat.

Nizar sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang mendakwa BN tidak menghormati keputusan rakyat. Siapa yang terlebih awal untuk menidakkan kuasa rakyat jika tidak Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar.

Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat harus sedar merekalah yang tidak menghormati keputusan rakyat.

Nizar juga harus sedar apabila beliau mengambil keputusan untuk mengheret perlantikan Dr Zamri ke mahkamah, maka beliau harus menerima hakikat bahawa dalam proses mahkamah sudah pasti akan ada proses rayuan sehinggalah ke peringkat mahkamah Persekutuan.Ini harus disedari oleh Nizar.

Apakah jika mahkamah tinggi membuat keputusan memihak kepada Dr Zamri, apakah Nizar akan berdiam diri dan tidak akan membuat rayuan? Nizar tidak perlu bersendiwara dalam hal ini! Saya yakin jika mahkamah tinggi tidak memihak kepada beliau pastinya beliau juga akan bertindak membuat rayuan seperti mana Dr Zamri lakukan.

Oleh itu, rakyat tidak harus terperangkap dan terkeliru dengan sendiwara yang sedang dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat sedang menggunakan sentimen perasaan rakyat untuk meraih keuntungan poliik.

Saya juga ingin mengucap TAHNIAH kepada penyokong Barisan Nasional dan UMNO yang begitu rasional menerima keputusan mahkamah. Tiada unsur tunjuk perasaan sepertimana yang dilakukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat.

Saya amat yakin jika keputusan mahkamah tinggi sebaliknya keadaan sebaliknya akan berlaku dibumi Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan