Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMATKAN PAS :SINGKIRKAN GOLONGAN MAZHAB ANWAR

Terlebih dahulu zinkan saya mengucap Tahniah buat Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mewakili golongan Ulama berjaya mempertahankan jawatan Presiden PAS.

Walaupun saya bukan ahli Pas, bukan penyokong Pas dan langsung tidak pernah memberi undi dalam pilihanraya kepada PAS, namun saya berbangga kerana PAS berjaya meneruskan tradisinya meletakkan ulama sebagai pemimpin.

Dengan penuh harapan, saya berharap Hadi akan membawa Pas kembali kepada perjuangan asalnya dan mengajak ahli Pas bermuhasabah diri untuk menegak perjuangan agama, bangsa dan negara tidak kepada perjuangan yang tersasar sekarang "menegak perjuangan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri".

Hadi harus menekannya dalam ucapan dasarnya agar dalam apa jua tindakan dan keputusan keutamaan harus diberi kepada pucuk pimpinan PAS. Malah beliau harus menekankan keutamaan kepada agama,bangsa dan negara.

Bak kata pepatah sesat ditengah jalan kembali kepangkal jalan.

Seperti yang saya nyatakan, saya bukan ahli, penyokong dan pengundi PAS, namun saya amat gusar melihat senario politik parti itu yang kini telah diresapi oeh "mazhab Anwar Ibrahim".

Golongan inilah begitu beriya-iya untuk menolak kepimpinan ulama dalam Pas dan mahu meletakkan golongan profesional sebagai peneraju kepimpinan PAS.

Golongan ini berjaya meresap masuk kedalam Pas setelah Anwar Ibrahim di pecat daripada UMNO dan jawatan Timblan Perdana Menteri.

Golongan ini juga turut meresap masuk kedalam UMNO ketika Anwar mengistihar masuk dalam UMNO. Sejak itu berduyun-duyunlah golongan ini menyertai UMNO dengan penuh harapan untuk "menganwarkan UMNO" sekali gus menabalkan Anwar sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Golongan inilah yang mengaut segala "keuntungan" ketika Anwar berada di persada kepimpinan UMNO dan negara. Golongan ini sudah tentu mempunyai agenda peribadi tersendiri apabila berjuangan untuk Anwar dari dulu sehingga sekarang.

Ketika Anwar bersetuju untu meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kerana "masalah peribadi" yang dibangkitkan pada ketika itu, golongan inilah yang mendesak Anwar supaya "lawan sampai mati".

Ketika Anwar merengkok dalam penjara Datin Seri Wan Azizah telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat(PKR). Namun Golongan ini tidak menyertai PKR walaupun pada prinsipnya mereka yang terkenal sebagai "pendukung perjuangan Anwar" harus menyertai PKR untuk mengukuh parti PKR pada ketika itu. Tetapi mereka mengambil langkah menyertai PAS.

Pada ketika ini Pas tidak sedar akan bahaya golongan ini yang meresapi masuk kedalam parti ini. Pas amat bergembira dengan kehadiran golongan ini sambil mendabik dada kononnya golongan profesional telah mula menyokong PAS.

Dalam hal ini, Anwar amat bijak mengatur strategi dengan menyerap atau menyeludup masukkan "orang-orangnya" kedalam PAS dengan harapan satu ketika nanti Pas akan turut menjadi "lidah anwar" maka amat mudahlah Anwar merealisasikan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Setelah 10 tahun menyerap masuk kedalam Pas, golongan "bermazhab Anwar" nampaknya telah berjaya "menawan Pas". Buktinya kepimpinan dan ahli Pas pun turut mengitiraf kepimpinan Anwar malah mereka turut menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Pergerakan Pemuda Pas secara keseluruhannya telah dikuasai oleh pengaruh "mazhab Awanwar Ibrahim". Tanpa segan silu mereka secara terbuka mahukan Pas diterajui oleh kumpulan Profesional dan bukan golongan Ulama.

Apabila retorik peralihan kuasa pada 16 September 2008 dilaung-laungkan, ahli dan pemimpin Pas tanpa segan silu menamakan Anwar bakal Perdana Menteri sehingga mereka terlupa akan ketokohan dan kewibawaan pemimpin Pas lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar.

Tindakan kumpulan ini sedikit sebanyak mencalar dan mencemar kewibawaan kepimpinan PAS serta mengecewakan teraju kepimpinan Pas seolah-oleh mereka tidak mempunyai kelayakan.

Keadaan ini meletakkan Presiden Pas dalam kecewa dan kesal sehingga beliau mengeluarkan kenyataan jangan jadi Mat Jenin.Saya yakin jika nama Hadi disebut sebagai bakal Perdana Menteri sudah pasti Hadi tidak akan mengeluarkan komen jangan jadi Mat Jenin.

Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" juga bertanggungjawab menyimpang matlamat dan halatuju perjuangan Pas yang selama ini mahu menegakkan sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam serta melaksanakan hukum hudud.

Kerana telah dikuasai oleh puak "bermazhab Abnwar Ibrahim" sejak pilihanraya 2004 Pas tidak lagi memasukkan matlamat utamanya untuk menegak sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam manifesto parti berkenaan. Malah slogan pilihanraya Pas juga langsung tidak menyentuh penubuhan negara Islam.

Dalam siri-siri cerama Pas langsung tidak menyentuh tentang penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Malah kepimpin Pas apabila ditanya tentang perlaksanaan hukum hudud menempelak pula wartawan yang bertanya dengan menyatakan perlembagaan Pas langsung tidak menyentuh perkara itu.

Keghairahan PAs menerima golongan ini sehingga menyebabkan parti ini terlupa akan deklarasi Muktamar Pas 1993 yang telah mengambil keputusan mengharamkan ahli Pas menyertai Abim, Jim, Arqam dan lain-lain pertubuhan seumpama itu. Pada ketika itu parti itu juga membuat keputusan untuk menerima kumpul-kumpulan ini menyertai Pas. Pas menganggap kumpulan-kumpulan ini sebagai duri dalam daging jika mereka berada didalam Pas.

Presiden Pas ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor telah nampak akan bahaya golongan ini yang pro kepada Anwar Ibrahim. Allahyarham sedar jika golongan ini dibenarkan berada dalam Pas atau ahli Pas turut menyertai pertubuhan itu lambat-laun ianya akan merosak halatuju parti berkenaan.

Saya yang berada dalam dewan muktamar berkenaan sebagai pemerhati amat bersetuju dan bersependapat dengan Allahyarham ketika deklarasi itu dibaca dalam ucapan penangguhan beliau setelah perkara ini dibangkitkan oleh para perwakilan. Para perwakilan pada ketika itu telah mempersoalkan bahaya kehadiran kpumpulan ini dalam PAS

Pada ketika itu, Pas terbahagi kepada golongan Ulama, liberal dan radikal. Dalam pemilihan itu golongan radikal cuba menguasai Pas namun mereka tewas.

Biar pun golongan ulama berjaya mengekalkan Hadi sebagai Presiden Pas namun mereka tidak boleh beranggapan golongan ulama akan berjaya menguasai Pas dalam muktamar kali ini.

Politik wang atau politik hadiah yang didakwa menular didalam PAS berkemungkinan boleh mempengaruhi keputusan pemilihan PAS. Kumpulan mana yang melakukannya. Sya tidak yakin dan percaya bahawa kumpulan Ulama yang melakukannya.

Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" pasti akan bertungkus lumus, bermatlamat menghalalkan cara bagi mempastikan jawatan-jawatan lain yang dipertandingkan seperti Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan lagi akan dikuasai oleh golongan ini.

Sudah pasti jika jawatan lain-lain jawatan dikuasai oleh golongan "bermazhab anwar ibrahim" pastinya Hadi akan keseorangan dalam kepimpinan Pas dan suara Ulama semakin kecil dalam parti ini secara langsung golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" akan dapat menguasai segala keputusan termasuk yang menyentuh dasar agar ianya terjurus kepada "keuntungan politik" Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, sempena muktamar PAS kali ini, seluruh kepimpinan PAS dan ahli perwakilan PAS yang sayangkan perjuangan PAS, harus bermuhasabah diri dengan mengambil pendirian dan pendekatan dengan monolak kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dalam pemilihan teraju kepimpinan PAS.

Saya amat yakin, akan akan menjadi lebih selamat sekiranya muktamar kali ini berjaya menyingkirkan kumpulan "bermazhab Anwar" secara langsung membersihkan parti itu daripda pengaruh Anwar Ibrahim.

Sekiranya perwakilan muktamar kali ini gagal menyingkir dan membersihakn kumpulan "bermazhab Anwar" dari parti berkenaan, sudah pasti parti ini akan rosak binasa. PAS akan terus menjadi batu loncatan dan medan untuk merealisasikan cita-cita dan halatuju perjuangan Anwar Ibrahim.

SELAMAT BERSIDANG DAN SELAMAT MENYELAMATKAN PAS DAN SELAMAT MENYINGKIRKAN SERTA MEMBERSIHKAN MAZHAB ANWAR IBRAHIM DARIPADA PAS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan