Sabtu, 25 Februari 2012

KEMELUT MB KEDAH: AZIZAN SAKIT NIK AZIZ PUN SAKIT

Pergolakan kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah sampai ke kemuncak apabila lima Exco yang dilantik oleh beliau masih "berdegil" dan tidak menghadiri mesyuarat khas yang mutakhirnya diadakan pada 25 Febuari 2012. Azizan sejak mengangkat sumpah jawatan telah berhadapan dengan ujian getir sebagai Menteri Besar yang mana kerusi ini sentiasa "panas" sejak era pemerintahan Perikatan dan Barisan Nasional lagi.Tindakan beliau, terutama tindakan beliau tidak melantik Ahli Dewan Undangan negeri DAP memegang jawatan Exco. Tindakan ini dilihat sebagai tindak balas Azizan terhadap DAP yang tidak melantik PAS dalam kerajaan Pulau Pinang. Kehangatan Kerusi MB Kedah menjadi lebih "garing" lagi apabila kumpulan Mazhab Anwar atau Anwarisme, menguasai Pas dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS yang lalu.
Kebocoran lapuran kesihatan oleh sebuah hospital swasta yang berada dalam tangan kumpulan Anwarisme atau parasit telah dijadikan modal untuk "menggulingkan" Azizan. Sejak beliau dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, isu masalah kesihatan beliau dijadikan modal oleh kumpulan Anwarisme. Kini Azizan terpaksa menggunakan "pukulan mautnya" dengan menyatakan beliau akan membuat kejutan pada 28 Febuari ini selepas lima orang exco terus berdegil dengan ugutan untuk tidak menerima jawatan exco sekiranya Azizan terus menjadi Menteri Besar. Kini PAS berpecah lagi. Cuma berpecahan ini cuba di sembunyikan PAS Pusat kerana bimbang ianya akan menjadi "bom jangka" seperti mana berlaku terhadap isu pemecatan Datuk Hassan Ali.Ketiadaan suara-suara beberapa tokoh yang selama ini menjadi ayam tambatan PAS membela Azizan mengukuhkan lagi bahawa Azizan mahu di singkirkan terus dari kerusi Menteri Besar.
Ada beberapa faktor kenapa kumpulan Anwarisme mahu menyingkirkan Azizan, antaranya Azizan "amat mesra dengan kepimpinan Kerajaan Pusat" dan Tun Mahathir dan Tun Daim serta berguru pula dengan kedua-dua tokoh itu. Malah beliau juga dilihat tidak sealiran dengan hala tuju Anwar. Sejak menjadi menteri besar Kedah Azizan langsung tidak dilihat mengeluarkan kenyataan "fatwa" membela Anwar. Malah tindakan Azizan langsung tidak mahu berkompromi dengan DAP dalam beberapa isu termasuk perlantikan exco, AUKU yang di gunakan di KUIN dijadikan faktor landasan untuk menyingkirnya. Azizan juga di lihat enggan memenuhi "tembolok" beberapa pihak dalam pengagihan hasil kemenangan pilihanraya umum ke 12 antara isu untuk menyingkirnya. Andaian kesihatan Azizan dijadikan landasan untuk menyingkirnya adalah dilihat sebagai satu alasan. Jika dilihat pada masa lepas ada beberapa wakil rakyat PAS yang langsung tidak berkeupayaan kerana strok masih diberi laluan oleh PAS untuk menjadi wakil rakyat.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sering kali dirawat dihospital kerana masalah jantung dan "asyik-asyik" lupa dan berkemungkinan "pendengaran juga kurang jelas" (terbukti apabila orang bercakap Nik Aziz akan letak tangan di telinga untuk mengamati percakapan atau soalan) tetapi masih dipertahankan untuk terus menjadi menteri besar biar pun ahli keluarganya telah berusaha menghalangkannya.Jelas apa yang berlaku kepada Azizan dan Nik Aziz adalah "double standard".
Kalau Nik Aziz yang telah lama menjadi Menteri Besar dan turut mengalamai masalah kesihatan seperti jantung dan pendengar masih di beri laluan menjadi Menteri Besar mengapa pula Azizan yang juga mengalami masalah jantung mahu di ketepikan. Jawapan yang paling tepat kerana Azizan tidak memenuhi kehendak "nafsu-nafsi" kumpulan Anwarisme dan membela Anwar semasa berhadapan isu-isu peribadi. Malah Azizan dilihat tidak melaksanakan "dasar permusuhan" dengan kerajaan Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan