DATUK MUKHRIZ |
DATUK SHAHLAN |
Siapa calon MB Kedah selepas PRU13 andai Barisan Nasional
(BN) kembali berkuasa di Kedah?. Biarpun Isu ini dikatakan sensitif untuk
diperkatakan, namun ianya harus diselesaikan sebelum menjelang pembubaran
Parlimen.
Barisan Nasional harus mengambil pengajaran daripada
kesilapan yang dilakukan oleh Tun Abdullah iaitu tidak menyelesaikan soal
Menteri Besar sebelum PRU12 termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang.
Antara penyumbang kekalahan BN di Pulau Pinang ialah isu
perlantikan Ketua Menteri yang tidak diselesaikan sehingga hari terakhir
berkempen. Pak Lah masih berteka-teki iau ini akhirnya orang Cina Pulau Pinang
hilang keyakinan kerana bimbang bila BN menang jawatan Ketua Menteri akan jatuh
ketangan UMNO.
Di Kedah Beberapa nama kini menjadi sebutan sebagai Menteri
Besar. Antaranya Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Nama Mukhriz sentiasa meniti
dibibir rakyat negeri Kedah samada daripada kalangan BN dan pembangkang.
Daripada perwatakan, Mukhriz mempu menambat hati pelbagai
lapisan masyarakat di negeri Kedah. Kreabilitinya sebagai anak Tun Mahathir
menyinarkankan lagi namanya dimata rakyat Kedah.
Daripada perancangan Mukhris mungkin akan bertanding di
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kedah. Beliau dikatakan di bertanding di
Parlimen Langkawi dan dan Dun Siputih.
Sementara itu antara yang disebut-sebut adalah Dato Shahlan
Ismail Setiusaha Politik Perdana Menteri. Kemungkinan beliau juga akan
bertanding di kawasan DUN di Parlimen Pokok Sena.
Dato Shahlan yang mempunyai pendidikan dan kelulusan agama
antara tokoh yang layak ditonjolkan sebagai Menteri Besar Kedah. Pengalaman
luas dan perkhidmatan beliau yang begitu lama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak
meletakkan beliau berada dalam kedudukan layak kerana beliau menyelami hasrat
perjuangan Perdana Menteri. Dalam memperkukuhkan kedudukan Najib sebagai
Presiden UMNO ianya merupakan satu langkah strategik.
Seorang calon lagi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kedah yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bashah Md Hanipah. Kalayakan Bashah juga
tidak harus dipertikai kerana beliau adalah orang lama dan juga Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Kedah.
Apa yang menjadi bualan di Kedah ialah dari segi kelulusan
yang beliau miliki dan beliau juga dikatakan orang lama. Kata mereka Bashah
bertindak cara lama sedangkan masa telah berubah perlu juga pemikiran dan
tindakan yang baru.
Orang Kedah berpandangan satu pembaruan kepimpinan harus
ditonjolkan oleh UMNO dan BN andai parti itu ingin kembali memerintah.
Sebagai langkah mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada
UMNO dan BN ialah menonjolkan barisan kepimpinan yang benar-benar diyakini
rakyat.
Penampilan semula “wakil rakyat kalah” dalam PRU13 harus
dielakan. Inilah strategi digunakan dalam PRU ke 11 di Kelantan dimana
penampilan semula “wakil rakyat kalah” dielakan dan akhirnya UMNO menang dengan
majority besar pada 2004.
Teori projeksi di Kelantan yang dibuat pada 1999 harus digunakan
dalam menawan semula Kedah dan tiga negeri yang lain.
Kini isu campur tangan tingkat 4 yang dikatakan faktor
terbesar iaitu 70% kekalahan UMNO dan BN dalam PRU13 tiada lagi. Tun
Mahathir dan tokoh-tokoh besar UMNO kini kembali menyokong UMNO. Senjata utama
UMNO jangan bertelagah dan jangan chah keting dalam PRU13.
apakah pendekatan dan tindak tanduk mukhriz untuk memenangi hati rakyat kedah dan UMNO kedah yang boleh di nilai sebagai hebat dan pendekatan baru bakal dinobatkan senbagai bakal menteri besar kedah ? .. ujung jari kelinkin pon takdak..
BalasPadamyang dok tunggin tebalik kehulu kehilir siang malam pagi petang round satu kedah hari hari..proram sana sini... dok usaha nak menagi hati rakyat kedah supaya BN menang balik.. spadia? si Dato Bashah yang semua orang kata bodo tu lah... si mangkok mangkok ayun yang kononnya bijak pandai cuma tunggu nak tumpang toi supaya lekat calun saja. ni depa kata bukan saya kata. kesian kat Dato Bashah.,, nak buat macam mana Dato oiii.. dah takdir. Tapi depa kata Dato Bashah tetap akan dilantik jadi Menteri Besar Kedah bila BN Kedah menang PRU13 nanti. Kalau tak caya pi tanya Dato Najib.
depa kata kalau boleh kita nak tau lah jugak satu dua kadedah pendekatan baru yg orang dok cakap-cakap di Kedah tu. saya pon rasa nak tau lah jugak cara baru tu.
BalasPadam